Lifestyle Resepi Info Terbaik

Cara-Cara Menguji Ketulenan Emas

Cara-cara Menguji Ketulenan Emas. Emas antara barang perhiasan kegemaran wanita. Emas juga lambang kegigihan wanita memperjuangkan kehidupannya dengan kudrat dan kemampuannya. Orang kata, ada seketul emas di badan pun dah cukup lega, apatah lagi ia amat diperlukan pada waktu terdesak dan kesempitan hidup. 

Cara-Cara Menguji Ketulenan Emas

Namun, sebelum beli emas.. kita kena ambil tahu serba sedikit cara-cara nak tahu emas itu tulen atau palsu. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan.. 

Menguji ketulenan emas merupakan salah satu perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum membeli emas. Terdapat 4 cara yang biasa di gunakan untuk menilai ketulenan emas yang biasa di gunakan di Malaysia. 

Cara-cara tersebut ialah: 

1. Energy-dispersive X-ray spectroscopy 
2. Densimeter
3. Ujian Asid 
4. Ujian Fizikal 

Energy-dispersive X-ray spectroscopy 


Paling tepat tetapi agak mahal. 

Ujian menggunakan densimeter


Apakah itu densimeter?  Densimeter ialah mesin yang di gunakan untuk menguji ketumpatan emas, ianya bukanlah kaedah terbaik untuk menguji ketulenan dan jenis emas. 

Fungsi utamanya ialah untuk menguji ketumpatan emas. Biasa kita lihat mesin ini di kedai emas dan di arrahnu 

Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja. Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengangganggu bacaan seperti ukiran, sambungan dan buih-buih yang terperangkap di antara sambungan barang kemas. Kadang-kadang, daki dan kualiti air pun boleh mengganggu bacaan. 

Ujian Asid 


Ujian ketulenan emas menggunakan asid merupakan salah satu cara yang lebih mudah dan murah. Kit ujian ketulenan emas menggunaan asid ini terdiri dari 3 bahan 

1. Asid Hidroklorik (HCI) - digunakan untuk menentukan produk itu adalah emas atau sebaliknya. 
2. Natrium Hidroksida (NaOH) – digunakan untuk menentukan kualiti emas 
3. Batu menguji emas atau di kenali sebagai batu hitam 

Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barang kemas. Permukaan batu yang digosok barang kemas digosok padanya akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid. Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam.

Cara-Cara Menguji Ketulenan Emas

Ujian Fizikal


Selain itu, kaedah ujian magnet juga boleh digunakan untuk memastikan keaslian emas, namun pembeli sebaiknya tidak bergantung sepenuhnya kepada cara tersebut.

"(Kaedah) magnet tak boleh digunakan sepenuhnya kerana sekarang sesetengah reka bentuk emas memerlukan sokongan spring pada rekaan terutamanya gelang.

"Jadi pelanggan sendiri perlu memahami konsep antara membeli emas dan membeli barang perhiasan," jelasnya.


Sungguhpun terdapat banyak kaedah untuk memastikan ketulenan emas - daripada kaedah visual, ujian asid, ujian ketumpatan hingga khidmat pakar - ujian yang paling penting bagi pembeli adalah menahan diri agar tidak gopoh dan dan tergesa-gesa ketika membeli sehingga terpedaya dengan kilauan emas palsu.

Semoga bermanfaat.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close