Lifestyle Resepi Info Terbaik

Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas

Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas. Dulu saya tak biasa makan bubur cha cha, masak pun tak pernah. Semuanya bermula bila anak bujang yang sulung cakap dia pernah makan bubur cha cha dan sedap rasanya. Di belinya tepung cha cha (yang warna warni tu), dengan santan kotak, biji sagu, gula merah semua.. di suruhnya saya masakkan bubur cha cha 😅😅

Oleh sebab tak pernah buat, saya main agak-agak je setiap bahan.. bila dah siap.. dapat satu periuk saiz agak besar.. haha, saya kata kat dia orang, habis kan semua. Dua beradik tu kerja kan habis jugak akhirnya.. sedap katanya, alhamdulillah

Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas

Bahan-bahan:

1 bungkus kecil tepung cha cha
2 sudu makan sagu biji - merah, (rendam dengan air)
2 sudu makan sagu biji - hijau, (rendam dengan air)
3 sudu makan gula merah 
Sedikit gula pasir
Sedikit garam
1 kotak santan - dibancuh dengan air
1 ikat daun pandan
Air masak secukupnya

Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas

Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas

Cara Penyediaan Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas


1. Rebus tepung cha cha hingga mendidih, angkat dan toskan

2. Panaskan 2 cawan air dicampur dengan gula merah dan biarkan mendidih. Biarkan api kecil saja.  

3. Masukkan santan dan kacau perlahan. Kemudian masukkan tepung cha cha tadi, sagu biji, gula putih dan sedikit garam.

4. Jika bubur terlalu pekat, tambahkan dengan air masak suam. 

Nota;

1. Jika tak suka warna bubur terlalu gelap, kurangkan sukatan gula merah.

Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas

Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dan Ringkas

Siap dah bubur cha cha style saya, dengan gula merah lebih dari gula putih. Senang kan? Cubalah, anak-anak pasti suka.

Selamat mencuba!

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close