Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Tauhu Masak Sambal

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Resepi Tauhu Masak Sambal. Pelik juga anak bongsu kami dah pandai makan tauhu. Dahulu di suruh makan bermacam-macam alasan. Sekarang semenjak duduk asrama, pandai dah makan tauhu bersambal. Siap mintak kita masak hari ni. 

Resepi Tauhu Masak Sambal

Resepi Tauhu Masak Sambal

Bahan-bahan:

5 keping Tauhu - belah 2
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan cili sos
1 biji bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

1. Goreng tauhu sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh. Gaul rata hingga cili masak. 

3. Masukkan sos cili. Kacau dan biarkan seketika. Kalau agak pekat, boleh campur sedikit air.

4. Perisakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masu─Ěkan tauhu yang telah digoreng tadi.

Angkat dan boleh dihidangkan sebagai menu sampingan.

Resepi Tauhu Masak Sambal

Resepi Tauhu Masak Sambal

Selain sambal tauhu, kami pun memasak siakap lemak cili padi. Ikan siakap di goreng dulu supaya ikan tidak hancur apabila di masukkan santan. Isi ikan siakap agak lembut. Jadi, digalakkan goreng dahulu sebelum dimasak bersama santan.

Lauk pauk simple tetapi disukai oleh family kami. Bila lihat semua lauk habis di meja makan.. hati pun lega dan bersyukur.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close