Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Agar Tidak Lupa Apa Yang Telah Dipelajari

Baca : GAMBAR LOKASI ....

Doa Agar Tidak Lupa Apa Yang Telah Dipelajari. Kami kongsikan doa khas untuk student agar boleh diamalkan sepanjang masa. Agar ilmu yang telah dituntut, ilmu yang baik-baik tak akan luput dari ingatan. Insya Allah.

Doa ini adalah antara siri himpunan doa persediaan peperiksaan oleh Ustazah Asma Harun dan admin kongsikan di sini sebagai rujukan para pelajar yang akan dan sedang menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.


Peperiksaan bukan sekadar ujian formal kepada anda semua sebagai pelajar tetapi lebih dari itu ia mahu mengukur sejauh mana usaha, doa dan tawakkal telah disemat kukuh dalam mendepaninya. 

Doa Agar Tidak Lupa Apa Yang Telah Dipelajari

Bacaan doa diberi kecerdasan berfikir dalam rumi:


Allahumma inni astawdi'uka maa 'alimtanihi
Fardudhu ilayya 'indaha jatii ilaihi
Walaatansanihi yaa rabbal'alamiin


Maksudnya:

Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya. Wahai Tuhan sekelian alam.


Setelah berdoa, serahkanlah semuanya pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penolong kepada hambaNya yang amat memerlukan.

Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa mengiringi perjalanan hidup anda pada hari-hari mendatang.
 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close