Lifestyle, Resepi, Keluarga Dan Informasi Terbaik

Doa Untuk Anak Hebat Dari Surah Ar Rahman Ayat 1 - 4

Doa Untuk Anak Hebat Dari Surah Ar Rahman Ayat 1 - 4. Mengamalkan doa tertentu dalam menjalani kehidupan amatlah digalakkan, yang penting doa yang baik-baik yang diambil dari al Quran dan hadis. Namun, apa saja doa yang terucap dari bibir dan terlintas di hati, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.  Nak doa jangan takut-takut kerana Allah Maha Kaya. Nak apa saja.. berdoalah. Dan diikuti dengan usaha yang hebat juga. 

Doa ibu bapa untuk anak-anak adalah doa yang tiada hijab. Selalu berdoa untuk anak-anak kerana mereka amat mengharapkan doa dan redha kita. Ikhlaskan segala bakti dan kasih sayang kepada mereka. Insya Allah, kemenangan akan jadi milik mereka.


Doa Untuk Anak Hebat Dari Surah Ar Rahman Ayat 1 - 4

Mahu anak hebat berjaya? Amalkan doa yang berikut ini.

Ayat 1 - 4 Surah Ar Rahman


1. Ar rahmaan
2. 'allamal qur'an
3. Kholakol insaan
4. 'allamahul bayaan

Maksudnya:

1. Tuhan yang Maha Pemurah
2. Yang mengajarkan al Quran
3. Dia menciptakan manusia
4. Mengajarnya pandai berbicara

Cara amalan


1. Amalkan setiap hari selepas solat fardhu bersama doa-doa yang lain. Jadikan kebiasaan doa agar anak-anak kita menjadi muslim yang hebat dalam kehidupan dan perjuangan di jalan Allah.

2. Setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi semasa anak bangun tidur. Bacakan di hadapan anak 3 kali dan hembuskan ke ubun ubun kepala anak. Boleh juga tiupkan ke tapak tangan dan sapukan di kepala dan dada anak. Wallahu 'alam.

Semoga perkongsian dan doa dari surah ar Rahman ayat 1 - 4 ini dapat memberikan manfaat kepada ramai orang.

Post a Comment

0 Comments

close