Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pageview Aynorablogs Mencecah 50 Juta

Pageview Aynorablogs Mencecah 50 Juta. Akhirnya sampai juga kepada angka yang saya tunggukan, sebagai lambang pencapaian peribadi atas usaha tanpa jemu selama ini. Blog ini diaktifkan sejak tahun 2011 dan sejak dari itu tak jemu untuk berkongsi pelbagai entri kepada pembaca semua di luar sana. 

Apa niche blog ini sebenarnya? Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang tema blog aynorablogs, kan? Asalnya saya menulis sebab nak buat novel online. Hehe.. lepas itu idea susah nak keluar, sebab mungkin idea kreatif dah kurang kreatif 😂😂, maka sikit-sikit tukar kepada perkongsian resepi. Dari resepi dah banyak, teringin pula jadi blogger lifestyle, parenting semua.. maka jadilah blog ini macam majalah kekeluargaan. Gitulah.. perubahan demi perubahan untuk jadi lebih baik.

Pageview Aynorablogs Mencecah 50 Juta

Pageview (PV) Aynorablogs Mencecah 50 Juta 

Banyak yang nak dikongsikan tentang jatuh bangun dalam berblog bagi seorang blogger separuh masa. Kekangan paling utama adalah dalam menghasilkan entri yang betul-betul memenuhi ciri SEO, mesra pengguna yang releven sepanjang masa. Contohnya, entri ucapan hari lahir yang terdapat dalam blog ini yang saban hari dicari-cari oleh para pembaca di carian Google.

Jatuh Bangun Dunia Blog

Kalau nak diceritakan tentang jatuh bangun dalam berblog.. pasti ada banyak pengalaman yang nak ditulis dan dikongsikan. Ia juga sebagai satu pangajaran kepada kita untuk masa-masa mendatang.

Pageview Aynorablogs Mencecah 50 Juta

Antara cabaran jatuh bangun dunia blog termasuklah:

1. Lupa nak renew domain menyebabkan blog tak dapat diakses. 3 kali terjadi pada blog ini iaitu dari zaman aynoranur.com, rasadantips.com dan aynorablogs.com. 

2. Bila entri di copy paste oleh blog lain, sebiji sebulat dia ambil, langsung tak buat editing atau pun backlink kat kita. So, authority blog jadi tak cantik. 

3. Bila terjadi "mental block" dalam melahirkan idea untuk menulis. Blog jadi bersawang selama berbulan atau bertahun. Itulah cabarannya terutama bila kita sekadar part timer blogger. Kerja hakiki telah menghadkan ruang untuk menulis di blog.

4. Bila kita buka harga untuk review atau advetorial, pihak pengiklan kata harga kita mahal.. itu pun jadi satu cabaran jugak..

Entri Popular Sepanjang Masa

Dalam blog ini, terdapat entri yang sentiasa dicari dan menyumbang pertambahan jumlah PV yang tinggi saban hari. Killer entry ni macam killer song la, hihi.. walau banyak kisah viral silih berganti ia tetap mendominasi jumlah pembaca setiap hari. Entri popular sepanjang masa dari blog ini datangnya dari 1001 Ucapan Selamat Hari Jadi Buat Yang Tersayang! Setakat entri ini ditulis, ia telah mencapai hampir 2 juta kali bacaan. Syukur alhamdulillah.

Bila check pada SEO checker, terdapat 32 entri dari blog ini yang berada pada page pertama di enjin carian Google. Semoga selepas ini akan ada banyak lagi entri yang naik kepada first pagi di Google.

PV Tinggi Tanda Sokongan

Eh! Kenapa mesti nak PV tinggi? Jika anda seorang blogger, pasti anda akan faham bahawa PV rendah dan tinggi menunjukkan blog anda sedang sustain @ bertahan dalam cabaran dunia penulisan online. PV tinggi tanda blog anda masih releven dan mempunyai peminatnya tersendiri. PV yang tinggi juga menunjukkan blog anda ditulis menggunakan teknik SEO yang betul. Lagi satu, PV tinggi menghasilkan income pasif yang baik.

Pageview Aynorablogs Mencecah 50 Juta

Income Dari Blog Pemangkin Semangat

Dalam berblog, ada banyak cabang income yang boleh dijana secara pasif. Antaranya: 
  • Google Adsense
  • jadi agen affiliate, 
  • dropship, 
  • advertorial, 
  • sewa ruang iklan dan banyak lagi..

Sepanjang berblog, tipulah jika kami tidak menjana income terutamanya dari Google Adsense. Pendapatan tertinggi sehari pernah diperolehi adalah sebanyak USD48.00. Manakala income tertinggi sebulan pula adalah USD820.00. Jadi, sepanjang 11 tahun berblog, pendapatan telah mencecah puluhan ribu ringgit juga.. alhamdulillah. Selagi tulisan saya di blog diterima baik, saya akan terus berkongsi dan menulis.

Tulisan berkaitan PV blog mencecah 50 juta di atas adalah sebagai satu catatan penghargaan kepada diri sendiri kerana sudah berjuang sejauh ini demi merealisasikan minat menulis selama ini. Menulis dan meluah idea di ruang blog adalah salah satu terapi diri paling berkesan kepada saya. Semoga setiap perkongsian memberikan manfaat kepada kita semua.

Selamat maju jaya!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close