
Doanya seperti di bawah:
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan di negeri dunia dan negeri akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.
Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan di dunia ini dan di akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.
Ya Allah", aku memohon kepada-Mu akan syurga dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku kepadanya, baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.
Dan aku berlindung dengan-Mu daripada api neraka dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku ke dalam api neraka, baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.
Ya Allah!, aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan yang telah dipohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad ﷺ.
Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah berlindung daripadanya oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad ﷺ.
Ya Allah! Apa jua keputusan yang Engkau berikan kepadaku daripada segala urusanku maka jadikanlah akibatnya membawa aku mendapat petunjuk & redha-mu.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . . .

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.