
PERBANYAKANLAH SELAWATMU
Perbanyakanlah selawatmu kepada Rasulullah ﷺ setiap kali menjelang malam dan siang Jumaat yang penuh barakah.
Peringatkanlah isteri atau suami dan anak-anakmu agar tidak lupa mengulangi sebanyak-banyaknya selawat kepada Baginda ﷺ.
Sayyidina Anas bin Malik (93 H) رضي الله عنه berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
أَكْثِرُوا الصَّلَاةَ عَلَيَّ يَوْمَ الجُمُعَةِ وَلَيْلَةَ الْجُمُعَةِ؛ فَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.
"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari dan malam Jumaat! Barangsiapa berselawat ke atasku sekali maka Allah SWT akan mengurniakan selawat ke atasnya sebanyak SEPULUH kali."
(Sunan Al-Kubra, no. 5994) Al-Hafiz al-Dzahabi (748 H) berkata: Isnadnya Salih [sanad yang baik], al-Muhazzab fi Ikhtisar al-Sunan al-Kabir, 3/1181)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semoga bermanfaat. Jika bagus sebarkan kepada sesama rakan muslim kita.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.