

Berbalik kepada acara makan tadi, saya ambil sup cheker (kaki ayam) yang disukai oleh mak saya. Tetapi kali ni saya beli untuk diri sendiri😅 sebab nak mencuba. Dari pengalaman tersebut, saya hanya boleh makan sup cheker ni setahun sekali je. Sebab rasa sup agak muak 🫢🫢. Tapi terpulang pada masing-masing citarasa..
Info menarik Juga >>>
Makan Ayam Penyet Dengan Sup Cheker Ayam
Sup cheker ayam adalah sup dari kaki ayam. Ia biasa ada dijual di kedai makan ala Indonesian. Sama macam apa yang saya makan, ayam penyet dengan set sup cheker adalah makanan asli dari negara seberang.







Apa rasa cheker ayam tu? Macam sup ayam jugak tetapi kerana kaki ayam ada banyak lemak (collagen), jadi ia berasa sangat berlemak. So saya tuang sambal kicap untuk menaikkan rasa sup cheker tersebut. Sup cheker ayam kena makan panas-panas supaya lemak dia tak jadi beku atau pekat sangat dalam sup. Ini pandangan saya la.. yang sedapnya cheker ayam telah dimasak hingga lembut, dan boleh kunyah dengan senang.
Kalau korang suka dengan sup cheker, boleh je dapatkan dari restoran yang menjual nya terutama di restoran ala Indonesia.
Semoga bermanfaat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.