Selepas berbelanja semua untuk barang anak sendiri dan kiriman kawan-kawan, habis lah jugak dekat RM500. You all tak tau ke bebudak asrama belanjanya keras ya..
Time to lunch, late lunch lah dekat pukul 3.00 petang. Layan gambar dibawah untuk menu yang kami order..


Basic menu semua sama, cuma ada tambahan bubur nasi, salad sayur dan cheezy chicken.. hehe



Dekat sejam jugak kat dalam Marrybrown.. berborak, bonding time anak dengan mak bapak. Dan tentunya.. sempat saya lepas geram membebel kat si bujang ni. Dah lama tak kena bebel..
Tapi anak kami bagus, baik, bila kena tazkirah ke, ceramah ke.. dia angguk dan senyum je. Alhamdulillah adabnya dan akhlaknya masih sama seperti sebelum dia masuk asrama.
Tahun ini dia akan ambil SPM. So, jadualnya agak ketat. Hampir setiap malam ada kelas hingga 10.00 malam.
Semoga anak bujang ibu berjaya mencapai impian menjadi seorang doktor muslim yang cemerlang, dunia dan akhirat.
Insya Allah.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.