
Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Nasi lemak memang makanan kegemaran rakyat Malaysia. Dah viral seluruh dunia pun..
Jadi, semua orang pandai buat nasi lemak, bezanya samada sambal dia sedap atau tidak je.. hehe

Ayam goreng berempah agak leceh jugak nak buat, tapi bila dah siap sangat sedap rasanya. Siapkan semua bahan dan blender. Banyakkan serai, halia, 3 biji bawang putih, 1 biji bawang merah besar, sikit ketumbar dan jintan manis, kunyit.. blend semua tu. Kemudian toskan, buang air tu. Gaul rata dengan ayam sambil letak garam, serbuk kari, tepung jagung dan sebiji telur. Dah siap gaul, perap dengan daun kari lebih kurang 1 jam. Lepas tu goreng dan tabur lagi daun kari. Dah kuning perang, nampak rangup boleh angkat. Siap ayam goreng berempah.



Oleh kerana nasi lemak ala kadar nama dia, kita makan tanpa timun. Saya letak sayur ulam raja sebagai pilihan. Sedap jugak.. tak de kacang tanah dan ikan bilis goreng sebab kami tak makan pun..


Semoga korang sempat ambil sarapan pagi walau apa bentuknya samada yang sedang diet atau sebaliknya. Sarapan kena ambil ya, kerana kita nak memulakan aktiviti pagi tak bolehlah dengan perut kosong.
Okay, selamat berehat di hari minggu!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.