Antara menu kegemaran lunch kami termasuklah ulaman, telur mata, asam pedas, ayam kari dan juga ikan siakap goreng garing. Hehe...









Lunch tadi masak simple je, lauk pembuka selera orang kata.. saya buat telur hancur dengan kicap, dan sayur terung goreng berlada. Bila masak terung, saya mesti goreng dulu untuk dapatkan rasa lemak dia. Beza tau rasanya bila terung di goreng atau tidak. Korang cubalah..



Selain itu, ada juga tempe goreng kunyit + bawang putih. Kemudjan gaulkan dengan sedikit garam. Sedap sangat rasanya, boleh jadikan kudapan juga. Hehe.. lagipun tempe tu bagus untuk otak.


Dalam hujan lebat kami suami isteri makan dengan berselera, walau lauk sederhana tetapi itulah yang dicari-cari. Makan bertambah pulak tu. Hehe

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.