So, pada pagi sabtu yang hening dan sunyi.. saya memanjakan pohon-pohon yang sedang berkembang dan subur menghijau. Tabur baja, sembur dengan racun serangga dan cantas dahan dan dann yang sudah layu terkulai.


Pokok sepit udang yang baru seminggu dibeli. Dah macam berbulan di tanam di situ. Rupanya memang mudah nak tanam dan menjaganya. Sekejapan je dah tumbuh tunas baru.







Tiga gambar di atas adalah pokok-pokok bunga yang saya tanam dalam kawasan berbumbung. Jadi juga dan tumbuh subur pokok-pokok tersebut. Ada pokok kelapa palma, pokok jurai hijau, pokok kaktus, pokok kari dan lainnya.
Cuma, bila menanam pokok dalam kawasan berbumbung, kena cari pokok bunga yang sesuai. Jika tidak, ia akan cepat kering dan mati. Pokok yang sesuai di tanam di bawah kawasan berbunbung termasuklah pokok kaktus, jurai hijau dan pokok keladi.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.