Disebabkan suka makan ciku, saya beli pokok ciku mega secara online kat tiktok. Kita tengok berapa lama dia boleh berbuah dan saya dapat makan ciku dari pokok sendiri.
Pokok ciku mega ni saya tanam dalam pasu je. Insya Allah boleh tumbuh subur dan berbuah. Hehe


Saya pindahkan dalam pasu yang agak besar supaya akarnya dapat membesar sesuai dengan usia pokok tu.
Saya tambahkan tanah hitam, tanah sawit dan baja protein tanah supaya pokok ciku mega ni dapat membesar dengan jayanya.
Agak-agak berapa lama pokok ciku mula mengeluarkan bunga dan berbuah? Mengikut bacaan saya, pokok ciku yang dihasilkan secara tut, boleh berbunga tak sampai setahun. Kemudian ia memakan masa kematangan antara 6 - 8 bulan dari tarikh berbunga. Jadi, haraplah ciku mega tut saya tu dapat berbuah dengan cepat.
Semoga Allah izinkan pokok ciku mega saya berbuah lebat dan manis rasanya.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.