Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Jom Buat Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Jom Buat Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam. Lepas balik kerja tadi perut rasa lapar tetapi malas nak masak menu yang berat-berat. Sambil duduk berehat seketika selepas solat asar, tetiba teringin makan jemput-jemput bawang. Sekarang ni jemput-jemput orang buat bukan untuk sarapan je,  bila-bila nak makan kita buat. Yang penting ada kerajinan sikit.. hehe


Jom Buat Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Cara buat jemput-jemput bawang yang rangup


Bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air panas mengelegak (**guna cawan yang sama dengan sukatan tepung)
1 biji bawang besar - hiris kecil
1 sudu kecil garam
Sedikit cili padi - hiris

Cara Penyediaan:


1. Masukkan tepung gandum, bawang besar dan cili padi dalam satu mangkuk. Gaulkan.

2. Masukkan garam ke dalam air yang panas menggelegak tadi, kacau rata.

3. Bancuh tepung dengan air sehingga rata dan cair, (sederhana cair). 

4. Bila minyak telah panas, masukkan bancuhan tepung tadi dengan hujung jari dalam bentuk bulat. Ikut suka saiz jemput-jemput anda.

5. Angkat jemput-jemput bawang bila berwarna keperangan.

Jom Buat Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Jom Buat Jemput-Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Selamat mencuba. Resepi jemput-jemput bawang ni sesuai untuk mereka yang confuse asyik buat jemput-jemput tak jadik. Hehe

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments