Pokok Delima Telah Berputik. Tak pasti lah samada ia putik bunga atau cuma tunas baru. Tapi ia berwarna merah cerah. Sebagaimana info yang saya baca - bunga pokok delima biasanya berwarna merah cerah. Bunga ini mempunyai diameter sekitar 3 cm dan mempunyai 4 hingga 5 kelopak bunga. Bunga delima juga dikenali dengan keupayaannya untuk menghasilkan bunga jantan dan betina pada satu dahan, yang membolehkan pendebungaan sendiri.


Dulu waktu beli pokoknya masih rendah dan rimbun. Tetapi seiring waktu berlalu, pokok delima saya semakin meninggi tetapi jadi kurus pulak. Tetapi saya tetap sabar dan melayannya dengan baik. 😂😂 Selalu di baja, siram, gemburkan tanahnya dan cantas daunnya yang sudah rosak.

Pokok delima ni saya tanam dalam pasu sahaja, almaklumlah kebun dalam bandar. Ruang pun terhad, maka pasu adalah piluhan terbaik buat waktu ini.
Cuba korang belek-belek dan tengok gambar di bawah. Itukah bentuknya?
![]() |
| Putik pokok delima yang saya tanam, baru pagi tadi perasan ada putik nya. Maka cepat-cepat ambik gambar dan video. Hehe.. happy nya kalau pokok delima saya nanti berbuah. Ada rezeki boleh berkongsi dengan ramai orang. |



Saya berharap putik bunga pokok delima saya ini tak gugur sebaliknya berbuah cantik dan besar. Tak sabar pulak nak tunggu hasilnya.
Lain kali saya share lagi ye.. bye!!




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.