Resepi Kentang Goreng Tepung Bistari. Kali ni saya nak share resepi kentang goreng guna tepung bestari perisa pedas tu. Barulah kentang goreng kita nanti naik rasanya. Kalau nak goreng keledek, saya akan guna perisa original.



Saya beli kentang goreng wedges yang dah siap potong. Jadi, dah short cut kerja dah.. hehe


Kemudian, bancuh tepung bistari dengan air. Tak perlu tambah apa-apa dah, sebab tepung bistari sudah tersedia dengan bahan-bahan yang sesuai di dalamnya.
Bancuhan tepung bistari tu cair macam nak buat lempeng.
Masukkan potongan kentang wedges tadi dan kacau rata.
Perap seketika, saya perapkan dalam 1/2 jam.
Panaskan minyak sehingga panas dan kemudian masukkan kentang yang sudah di salut dengan tepung bistari.

Goreng kekuningan dan angkat untuk dihidangkan. Anak saya bukan main suka sebab rasanya yang sedap, lebih sedap dari fun fries kegemarannya. Hehe..
Kalau nak guna fries pun boleh, sama macam cara di atas cuma gantikan wedges dengan fries je. Mudah sangat!!
Selamat mencuba.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.