Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Hidayah itu mahal nilainya. Ia tak dapat dijualbeli dan diwarisi. Hidayah itu milik Allah. Hanya DIA yang layak memberikan kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Tugas kita adakah menunggu sahaja? Tidak ya saudara saudari sahabat sekalian, hidayah itu kita kena mencarinya. Kita kena mengejarnya walau hingga ke hujung dunia!!

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Hidayah petunjuk Allah itu sangat mahal. Hatta orang paling kaya pun tidak dapat membelinya. Hidayah itu kurnia daripadaNya kepada insan yang terpilih.

Tiadalah makna hidup di dunia ini tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segala kemewahan dan harta tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segala jawatan, kuasa dan takhta tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segala pencapaian & kejayaan duniawi tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna kemasyhuran & populariti tanpa petunjuk hidayahNya.

Tiadalah makna segalanya jika hati sudah terpesong daripada petunjuk jalan lurus menuju ke jalan Allah SWT 

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”

Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT selalu dan istiqomah dalam menyempurnakan ibadah... 

Jangan pernah patah semangat atau berputus asa dalam mengejar hidayah Allah. Kita tidak tahu entah bila hidayah itu akan hadir tetapi tetaplah berdoa agar kita dikurniakan taufiq dan hidayahnya walau terpaksa menunggu beribu tahun lamanya. Allah Maha Baik. Tiada doa yang tidak dimakbulkan. Yakinlah!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments