Beli Handbag Baru Warna Cream Jenama Bonia
Jom layan gambar beg saya. Beg yang agak trendy, boleh di bawa ke mana saja. Nama beg : Bonia Beige Paloma Tote Bag! Nampak tak? Logo dia pun dah bertukar. Dulu hanya dalam bentuk ejaan Bonia. Ketika saya beli ada flash sales, jadi harganya dalam RM715 ++. Jika tidak ia kembali pada harga asal sekitar RM1,799 ++, maaf kalau tersilap. Dan jika korang beli pada tarikh lain, harga mjngkin jadi RM815 ++.



Gambar dalam beg, saya campak je semuanya. Sebab ni tak dalam, senang nak cari benda tersembunyi. Yang penting sebab dia lebar.. maka banyak item yang boleh di simpan di dalamnya.


Panjang dia lebih kurang 36 cm, tinggi 19 cm, kalau tak silap. Kena check balik la, sebab dah dekat 2 bulan beli.
Ciri-ciri Bonia Paloma Tote Bag


Ada kad penghargaan di sertakan. Biasalah.. Bonia kan jenama terkenal dan mereka biasa buat CSR, maka penghargaan kepada pelanggan dilakukan secara formal. Saya rasa, setiap tahun saya akan beli paling tidak satu barangan jenama Bonia samada wallet, sandal, jam tangan, handbeg dan sebagainya.
Sekian, bye!!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.