Kali ini saya nak share tanaman pokok keledek jepun saya yang baru di tanam lebih kurang sebulan. Itu pun tanam dalam pasu. Benih nya saya beli dari tiktok. Hehe..

Pasunya pun dah tak nampak sebab daun keledek jepun saya tu lebih rimbun daripada pasu. Dalam satu pasu tu saya cucuk 3 batang je. Tapi lepas sebulan dia jadi rimbun macam tu.

Lepas ni saya nak potong batang keledek tu dan ambil daunnya untuk di masak. Batang yang dah tumbuh akar boleh di tanam di pasu lain.
Bagaimana saya menjaga pokok keledek jepun tersebut? Pokok keledek amatlah mudah dijaga. Siram 3 kali seminggu, baja subur 2 minggu sekali. Bila daunnya dah terlalu lebat, saya potong biar bercambah daun baru.
Oleh kerana penanamannya dan penjagaannya amat mudah, keledek jepun pun dijual pada harga yang murah.

Gambar atas adalah contoh keledek jepun isi oren. Nanti kalau ada rezeki macam ni lah buah keledek saya. Kulit ungu isi oren.
Lain kali saya update pokok dan buah keledeknya. Okay 👌

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.