Saya membelinya secara online di Shopee. Dua pasu pokok Pisonia Grandis berharga dekat RM38.00. Pokok yang dah siap tumbuh setinggi satu kaki dan berdaun lebat. Ok lah juga harganya selepas diskaun flash sales dan sebagainya.
Kenapa saya suka pokok landskap tersebut? Adalah kerana daunnya yang berwarna hijau kekuningan dan lebar-lebar. Daunnya yang nipis dan lembut akan kelihatan cantik apabila ditiup angin. Dan ia sesuai juga di jaga dalam bentuk bonsai.




Pokok pisonia grandis perlukan tempat yang cukup cahaya matahari. Lagi dia kena panas terik, daunnya yang nipis tu akan bertukar seakan-akan putih pula.
Inilah pokok landskap yang cari-cari sepanjang tahun dan baru sekarang terjumpa. Itu pun dengan bantuan Chatgpt. Haha..
Semoga bermanfaat.

Semoga bertumbuh cantik pokok yang ditanam
ReplyDeleteInsha Allah
Delete