Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Azam Tahun Baru 2026

Azam tahun baru 2026. Apakah azam tahun batu anda? Masih relevan kah tahun baru disamvut dengan azam baru? Itu terpulang pada diri masing-masing ya. Kerana memasuki tahun baru dengan cara apa sekalipun tetap diri sendiri yang akan melaluinya sehingga ke hujung tahun. Azam atau keinginana kita itu biarlah yang realistik dan sesuai dengan kemampuan diri sendiri. 

Malu ke nak ceritakan azam kita? Tak perlu malu, azam adalah juga sebagai satu cabaran kepada diri sendiri. Dengan adanya azam baru, kita akan melakukan berkali ganda lebih baik berbanding tahun lepas agar apa yang diazamkan dapat dicapai. Insha Allah.


Azam Tahun Baru 2026!


Kalau ikut nafsu duniawi ku ini, macam-macam nak dicapai sepanjang tahun 2026. Namun saya merasakan nak capai sesuatu di tahun 2026, maka lahirlah azam seperti di bawah ini:-

1. Aktif semula dengan blog, paling tidak membuat 20 entri sebulan.
2. Nak khatam Quran 2 kali setahun - susah dan banyak cabaran sebenarnya

Itu antara azam tahun 2026 saya. Anda bagaimana pula? Apa yang penting tanamkan azam yang positif dan menjadi peribadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Biar beribu kali anda berazam menjadi lebih baik, tak mengapa! Kerana daripada banyaknya usaha dan azam yang kita tanamkan, takkan tiada satu pun yang Allah izinkan ianya terjadi. Betul tak?

Semoga sedikit tulisan ini bermanfaat kepada anda semua!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments