Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Merantaulah! Kelak Engkau Akan Peroleh Ilmu Dan Kemuliaan

Merantaulah! Kelak Engkau Akan Peroleh Ilmu Dan Kemuliaan. Betullah.. merantau atau travel akan menjadikan kamu memperoleh kemuliaan. Kamu akan dipanggil musafir. Musafir ni tinggi darjatnya hingga Nabi Muhammad ada berkata bahawa antara doa orang yang dimakbulkan adalah doa orang yang sedang bermusafir. Insya Allah.

Justeru, itulah sebab utama saya akan menasihatkan anak-anak lelaki saya untuk keluar berdikari seawal umur mereka 13 tahun, maksudnya masuk asrama dan sebagainya. Kerana apa? Salah satu sebabnya adalah kerana nak dapat keistimewaan dan kemuliaan di sisi Allah.

Merantaulah! Kelak Engkau Akan Peroleh Ilmu Dan Kemuliaan

Banyak keistimewaan yang Allah beri kepada para musafir di jalannya ni. Contohnya doa dimakbulkan, dibolehkan untuk jamak dan qasar dalam melakukan ibadat solat, antara golongan yang dapat menerima zakat dan banyak lagi. So, bermusafir kerana Allah amatlah di galakkan. Terutamanya jika merantau kerana menuntut ilmu yang baik dan bermanfaat. Insya Allah, Allah akan jagakan kita walau di mana kita berada.

Merantaulah! Kelak Engkau Akan Peroleh Ilmu Dan Kemuliaan


Merantaulah...

"Semoga dengan merantau itu kamu akan dapat menggapai ilmu tertinggi seiringan akhlak yang semakin terpuji. Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang tinggi akhlaknya."

Berikut rangkuman pesanan Imam as Syafii;

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam. Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan kerana dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.

─ Imam Syafie
(Diwan as Syafiie)

Jangan rasa sayang untuk melepaskan anak merantau untuk mencari ilmu dan kemuliaan. Nescaya, kelak anakmu kembali dengan ke sisi dengan nilai diri yang lebih tinggi, menghargai rasa kehilangan sementara dan lebih bertanggungjawab kepadamu.

Tetapi, tetaplah pegang hatinya walau dia jauh merantau, sentiasa sentuh jiwanya dengan doa-doa dan bimbing dengan hasanah berpandukan alaquran dan sunnah.

Kerana, Allah lebih tahu apa yang engkau rasakan ketika melepaskan permata hati mu bermusafir.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments