Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Uban Itu Kebaikan, Tanda Kita Tidak Lagi Muda

Uban itu kebaikan. Ia bukanlah tanda kita telah tua kerana orang muda pun ada keluar uban. Namun untuk mereka yang berusia 40 an ke atas, uban itu adalah berupa kebaikan. Ia tanda peringatan kepda tubuh. Yang kita ni dah tak muda lagi. Jalan kita kembali kepada Allah semakin singkat.

Uban Itu Kebaikan, Tanda Kita Tidak Lagi Muda



Uban Itu Kebaikan


عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ فَإِنَّهُ نُورُ الْمُسْلِمِ مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً وَكَفَّرَ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً وَرَفَعَهُ بِهَا دَرَجَةً

_*Daripada 'Amru bin Syu'aib dari bapanya dari datuknya, dia berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian mencabut uban, kerana sesungguhnya ia adalah cahaya bagi seorang muslim, barangsiapa tumbuh padanya sehelai uban di dalam Islam maka dengannya Allah akan menuliskan untuknya satu kebaikan, menghapus darinya satu kesalahan dan mengangkatnya dengan satu darjat."*_ (HR Ahmad No: 6668) Status: Isnad Tsiqah.

Pengajaran:


1.  Hargailah setiap anugerah Allah kepada kita.

2.  Rambut beruban (metalik) semula jadi adalah anugerah kebaikan kepada setiap Muslim yang memilikinya. Uban melambangkan ketuaan dan kematangan.

3.  Uban yang tumbuh tidak digalakkan mencabutnya kerana menghormati perubahan semula jadi tubuh manusia. Rambut beruban adalah cahaya  seorang Muslim di hari kiamat (menjadi kelebihan dan kemuliaan kepada pemiliknya di sisi Allah).

4.  Saidina Anas Bin Malik RA bahawa beliau berkata:

يُكْرَهُ أَنْ يَنْتِفَ الرَّجُلُ، الشَّعْرَةَ الْبَيْضَاءَ مِنْ رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ
Maksudnya: *Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih daripada kepalanya dan juga janggutnya.* (HR Muslim No: 2341)

5.  Uban yang tumbuh di kepala, pada setiap helai Allah akan menulis untuknya satu kebaikan, menghapus darinya satu kesalahan dan mengangkatnya dengan satu darajat.

6.  Uban yang tumbuh pada seorang Muslim adalah simbol kesabaran dan pengalaman hidup dalam beribadat kepada Allah. Ia menjadi saksi terhadap umur yang dihabiskan dalam ketaatan dan perjuangan dalam agama.

Semoga perkongsian ini bukan sekadar seperti angin lalu yang tidak memberi kesan kepada diri sendiri.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments