Satu yang pasti, nak mudah menulis memang kita kena plan dan buat draft. Saat terlintas sesustu, terus bukak blog dan draft terus. Yang mudahnya, saya berblog menggunakan handphone je. Hehe

Masih Setia Dengan Blog Di Tahun 2026
Dalam bulan januari 2026 yang lalu, pageview (PV) blog tak banyak, iaitu 51K sahaja. Tapi cukup jadi pemangkin semangat untuk terus bukak blog sehari sekali Dan tulis apa yang nak diterbitkan.
Setelah saya lihat popular post report, saya berpendapat carian utama adalah tentang resepi dan juga tazkirah. Alhamdulillah.. saya akan memperbanyakkan entry tersebut.
Ada orang tanya macam mana boleh bertahan dan konsisten tulis blog? Ada beberapa cara untuk terus konsisten:
1. Banyak membaca untuk mencari ilham yg segar
2. Kena kuat semangat, lawan rasa malas
3. Merancang masa menulis, samada setiap hari atau pada hujung minggu
4. Sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
Yang lain-lain korang boleh tambah lagi, yang mana sesuai dengan situasi korang.
Teruskan menulis blog kerana blog adalah medium terbaik untuk menyampaikan info dan maklumat dalam bentuk yang menyeluruh.

masih setia dengan blog cumanya nak menulis tu je mood tu tak timbul-timbul lagi. BW ajelah dulu nampaknya ni
ReplyDeleteTerima kasih dah BW kat sini
ReplyDeleteSaya pun dulu penah active berbelog tahun 2012 macam tu. Sayangnya pegi delete pula. Tahun lepas baru start balik. Rindu menulis.
ReplyDeleteKalau ada minat teruskan je, kadang² menulis pun boleh jadi terapi
ReplyDelete