Nak cerita sikit kenapa saya suka beli emas berbanding benda lain untuk hadiah kepada diri sendiri? Sebab emas adalah umpama wang tunai yang boleh digunakan segera apabila memerlukan. Macam bulan Disember 2025 yang lepas, kami nak gunakan tunai yang banyak untuk belanja anak kami ke luar negara. Saya leburkan emas seberat 46 gram dan dapat tunai RM27,000. Syukur sebab ada simpanan emas yang boleh digunakan sewaktu sesak. Dan, emas tersebut telah lama saya beli sedikit demi sedikit.

Hadiah Diri Sendiri Dengan Rantai Tangan Emas Paperclip
Jom layan gambar rantai tangan paperclip saya yang saya beli untuk kegunaan sendiri dan hadiah kepada diri sendiri atas kerja keras tahun lalu 😍



Rantai tangan paperclip ni berat dekat 10 gram je. Saya suka beli yang ringan tetapi boleh pakai lasak untuk kegunaan harian, stacking (pakai bersama) rantai tangan yang lain. Itu lah style saya pakai rantai tangan, hehe..
Semoga korang juga direzekikan dapat mengumpul emas dan memakainya juga disamping menjadi ganti wang tunai di waktu memerlukan.
Semoga bermanfaat.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.