
Di sepanjang bulan ramadhan, kita di galakkan menggandakan ibadat kita kerana inilah bulam terbaik yang kita ada di sepanjang tahun kerana kita beribadat dalam keadaan kita berpuasa. Bila sedang berpuasa kita diberi ganjaran berkali ganda kerana keadaan kita yang lemah itu maka Allah janjikan ganjaran berlipat ganda. Masha Allah.
Zikir Terbaik Amalan Di Bulan Ramadhan
Apakah zikir terbaik yang boleh diamalkan sepanjang bulan ramadhan?
1. Asyahadua'alla ilahailallah
2. Astaghfirullah
3. As'alukal jannah, wa'uzubika minannaar
4. Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni
Maksudnya;
1. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
2. Aku memohon keampunan daripada Allah
3. Aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka
4. Ya Allah, Engkau adalah Zat yang menyukai kemaafan, oleh itu maafkanlah kami.
Marilah sama-sama kita berzikir dan menambah jumlah ibadah kita daripada yang simple kepada yang lebih fokus, terperinci bersungguh-sungguh. Sambil saya menulis ni pun, saya dah rasa bersemangat untuk istiqamah dalam amalan harian yang mudah ini.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua, Aamiin.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.