Resepi Biskut Nestum Oleh Cikgu Azlina Ina. RESEPI BISKUT NESTUM ni bila tengok dalam gambar macam sedap. Itu yang terpengaruh salin resepi dalam blog supaya senang nak rujuk kemudian hari.


Nak buat biskut nestum ni kata Cikgu Azlina Ina mudah je asalkan kita ikut setiap langkah demi langkah dia.. Tapi bagi yang jarang buat biskut raya, langkah demi langkah dah diajar pun dah macam 3 jam kat dapur. Hehe...


Resepi Biskut Nestum Oleh Cikgu Azlina Ina
BAHAN-BAHAN :
250 gm butter
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan nestum
1 biji kuning telur -untuk sapuan di atas biskut
Nestum -utk taburan/hiasan
CARA MEMASAK BISKUT NESTUM :
Langkah 1
Kacau butter dengan gula aising hingga sebati.
Langkah 2
Masukkan telur & esen vanila. Kacau rata saja.
Langkah 3
Campur tepung gandum & tepung jagung yg di ayak. Gaul dengan tangan hingga sebati.
Langkah 4
Tambah nestum. Gaul lagi hingga menjadi doh.
Langkah 5
Canai & tekap dengan acuan pilihan.
Langkah 6
Bakar di dlm oven yg telah di panaskan pd suhu 150°c selama 20 minit, api atas & bawah.
Langkah 7
Sejukkan biskut & simpan di dlm bekas kedap
Kredit empunya resepi
SELAMAT MENCUBA 👍
Korang pun janganlah tengok je, jom pakat ramai-ramai buat biskut nestum raya tahun ini. Selamat mencuba.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.