Aidilfitri datang lagi, semoga kehadiran syawal kali ini mampu membebaskan kita dari api neraka. Segala zikir, doa dan hajat memohon keampunan di makbulkan oleh Allah Taala.

Sempurna berpuasa dibulan mulia, berkat kesabaran dan iman didada, syawal menjelma disambut gembira, mohon kemaafan dari kami sekeluarga.

Tiada kata seindah zikir,
Tiada hari semulia aidilfitri
Izinkan tangan bersimpuh atas lisan
Yang tak terjaga dan hati yang berprasangka.
Selamat hari raya aidil fitri
Mohon maaf zahir dan batin..
Salam Aidilfitri 2026 Buat Semua, Minal Aidil Wal Fa'izin
Saya selaku pemilik aynorablogs dot com ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir batin. Mungkin sepanjang saya bersiaran secara maya melalui aynorablogs dot com, ada perkara yang telah mengguris luka.. maafkanlah hamba yang tak sempurna ini.
Semoga syawal kali ini menemukan kita dengan keceriaan, kebahagiaan dan kemenangan yang hakiki. Bergembiralah di hari raya. Kerana kita telah melepasi ujian Ramadan yang Allah berikan kepada kita selama sebulan yang lalu.
Meski wajah tak mampu berjumpa. Tangan tak bisa saling berjabat. Semoga coretan kata ini mampu menjadi jambatan di hari penuh kemenangan. MINAL AIDIL WAL FA'IZIN
Syawal adalah masanya kita mengeratkan silaturrahim, mendekatkan yang jauh dan saling bermaaf-maafan sesama kita, walau dalam norma baharu. Walau PKP, raya tetap hari yang menggembirakan dan kemenangan buat kita.
Janganlah membazir dalam bulan yang mulia ini, bersederhana adalah amalan yang baik dan bantu lah orang yang dalam kesulitan dengan sedaya upaya kita. Yang penting ikhlas.
Selamat hari raya semua, salam aidilfitri 2026!!!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.