Suasana Sambutan Raya Family 2026. Raya aidilfitri tahun 2026 family kami disambut dalam keadaan sederhana tetapi meriah dan menggembirakan. Dan semestinya, raya tahun 2026 adalah raya dalam suasana jem di sana sini. Raya aidilfitri 2026 bersamaan 1447 Masihi juga mengumpulkan semula ibunda tersayang dengan adik beradiknya yang masih hidup. Syukur alhamdulillah.


Di manakah kami beraya tahun ini?
















Kami beraya di beberapa tempat iaitu Pontian iaitu keluarga sebelah suami, menghala ke Kota Tinggi pada hari raya ke 2, seterusnya berjalan beramai-ramai ke Muar, tepatnya batu 19 ayer-hitam Muar.
Suasana Sambutan Raya Aidilfitri Family 2026
Corat Coret Suasana Sambutan Raya Family 2026 Bersama Gambar Kenangan
Beraya di Pontian
Suasana yang agak sepi dan sunyi, emak dan bapa mertua sudah tiada. Yang tinggal pada hari raya pertama cuma kami tiga beranak, anak sedara, kakak ipar dan abang ipar. Berpagian melawat kubur setelah solat sunat aidilfitri, sesudah itu makan hidangan juadah di pagi raya, antaranya:
1. Sate ayam dan daging + kuah kacang
2. Ayam masak merah (order je)
3. Lodeh sedap
4. Rendang daging harum wangi
5. Paru berlada
6. Kambing black pepper (order)
7. Ketupat (pun order)
Alhamdulillah, bila juadah tak habis kami pun bungkus bawak balik ke rumah pada malamnya. Malangnya tiada gambar di ambil sebab tak ingat! Hehe..
Beraya di Kota Tinggi Johor
Rumah keluarga sebelah saya pula terletak di Kota Tinggi (Gugusan Felda Adela). Sampai di sana pada pukul 12.30 tengahari. Ngam-ngam waktu makan, dengan lauk asam pedas ikan merah + kembung + senangin. Alhamdulillah.. langkah kanan orang kata..



Berjalan Ziarah Raya ke Muar, Batu 19
Siapa yang tinggal kat sini? Di sinilah kami membesar dan dilahirkan, di kampung Parit Haji Hassan Ahmad 2, dulunya dikenali dengan nama Parit Boon Seng. Setelah berpindah ke felda, hanya majlis tertentu seperti hati raya dan jemputan perkahwinan membawa kami ke sini semula.
Rumah pertama yang kami singgahi dalam ziarah raya aidilfitri 2026 adalah rumah Wak Ngah kami. Wak ngah dan isteri sudah kelihatan uzur. Walau ingatan mereka sudah tidak berapa jelas, kerana faktor usia yang hampir menjangkau 90 tahun, namun mereka masih melayan kami dengan baik.




Kemudian, kami bergerak ke rumah adik emak yang bongsu, kakak emak nombor 3 dan berziarah ke rumah arwah kakak sulung emak. Suasana tangisan, gurauan dan bergambar memenuhi acara ziarah tersebut. Segala gelaran nama ketika kecil pun terkeluar, cerita zaman kanak-kanak dan macam-macam lagi.






Suasana Perjalanan Ziarah Raya Aidilfitri Yang Memenatkan
Raya 2026 memang best! Memang happening, bersilaturrahim.. dan makan kuih raya banyak kali!! Hehe.. itu semua best!
Yang tak bestnya adalah apabila jem di sana sini. Kami keluar dari rumah Kota Tinggi pukul 9.36 pagi. Dan tiba di rumah pertama di Ayer Hitam Muar pada pukul 2.30 petang. 5 jam ya.. duduk dalam jem dengan matahari tengah naik, memang merimaskan. Ada jalan potong kami lalui termasuklah Kg Olak Batu, Ayer Hitam, kemudian tembus kampung-kampung lain dan keluar di Parit Yani. Melalui parit sulong dan seterusnya ke destinasi tersebut.
Sempat pulak singgah makan di Asam Pedas Ibu beramai-ramai kerana masing-masing dah kelaparan. Oh ya, rombongan kami adalah seramai 26 orang. Bayangkan.. tetapi amat menyeronokkan.
Menghala Balik Semula Ke Kota Tinggi
Rumah arwah Wak Long yang terakhir kami kunjungi dalam sekitar pukul 6.00 petang. Berborak sekejap dengan sepupu, jejak kasih antara emak kami dengan anak saudaranya yang ramai. Riuh rendah selalu apabila berjumpa dan bertangisan bila perpisahan tiba.
Kami bergerak balik dalam pukul 6.40 petang. Jalan menghala ke parit sulong dah mula jem, maka En suami tengok waze carik jalan potong. Waze kata masuk Kg Raja Ahmad dan keluar di pekan parit sulong. Kemudian short cut seperti pagi tadi melalui Parit Yani untuk ke tol Ayer Hitam. Singgah sekejap maghrib di BHP tol Ayer Hitam. Waktu ini dah dekat pukul 8.00 malam.
Hmm.. masa ini highway PLUS sekejap okay sekejap tak ok. Sedenak paling jem lama kerana jumlah kereta semakin banyak.
Memasuki highway senai-desaru jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam. Masa ni bolehlah bawak laju sikit kerana jumlah kenderaan yang berkurangan. Sampai ke tol Penawar dalam sekitar pukul 10.30 malam. Bila semua 4 buah kereta sudah berkumpul, kami bergerak cari port makan pulak kerana masing-masing sudah kelaparan kembali.



Kami sampai di rumah Kota Tinggi dalam pukul 1 pagi dengan jumlah jam keseluruhan ziarah raya 2026 + jem + makan-makan, selama 16 jam!!
Alhamdulillah, subhanallah.. tabarakallah..



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.