Petik Limau Kasturi Depan Rumah. Saya ada tanam 3 pokok limau kasturi depan rumah, Dan ketiga-tiganya di tanam dalam pasu. Walau pokok tak besar tetapi buahnya tak pernah putus, kalau pokok yang satu sedang berbunga, yang lain pula akan berbuah. Begitulah dah dekat 3 tahun macam tu. Alhamdulillah.. itu namanya rezeki.

Hari ini nak guna limau kasturi untuk buat sambal kicap, kita petik je dalam 6 biji cukuplah. Kiranya buah fresh dari pokok.



Petik Limau Kasturi Depan Rumah

Namun begitu, pokok limau kasturi saya kerap diserang dengan siput babi. Kadang-kadang elok dia bertenggek 2 - 3 ekor kat pokok. Jenuh lah kita spray dengan penyembur serangga. Memang siput-siput tu akan mati tetapi sekejap je. Lepas seminggu datang lagi. Jadilah daun pokok limau kasturi saya tu berlubang-lubang. Kekadang tinggal ranting je, daunnya dah gondol! 😂😅

Kalau korang ada tanam pokok limau kasturi, kena rajin tengok pokok tu. Siput dan ulat pun suka makan daun-daun. Dalam seminggu perlu disembur dengan racun serangga, kemudian 2 minggu sekali letak baja buah.
Selalu cantas dahan pokok supaya pokok tidak terlalu tinggi sebaliknya ia menjadi rendang dan senang dijaga.
Semoga bermanfaat.


2 Comments
Bagus berbudi pada tanah. Boleh membawa manfaat . Dulu rumah Cuya mewah dengan limau ni. Pastu dia dah tak tumbuh lagi
ReplyDeleteTanam balik Cuya, senang nak tumbuh tanam pokok limau kasturi ni
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.