Resepi Getuk Ubi Yang Menggamit Memori. Getuk ubi adalah makanan "ruji" ketika zaman kanak-kanak dulu kerana mak bapak kita orang memang tanam ubi berbatas-batas di belakang rumah. Kalau nak makan ubi segala jenis masakan berasaskan ubi, cabut je ubi belakang rumah. Keledek dan pokok labu pun berlambak sampai tak di makan. Daun labu dan daun keledek masak lemak putih, hmm.. sedap. Teringat pulak memori daun Pisang.. hehe
Berbalik kepada getuk ubi, resepi yang amat mudah nak buat. Lenyek, bulat dan leperkan sikit kemudian goreng. Nak makan macam tu je tanpa goreng pun tak apa.






Resepi Getuk Ubi Yang Sedap
Di bawah ini adalah resepi getuk ubi yang saya kongsikan dari Che Nom dan gabungan resepi Azlina Ina dan juga dari FB.
Bahan-bahan:
500gram ubi kayu (direbus dan dilenyek)
3 sudu besar gula pasir
½ cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Bahan salutan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras (untuk hasil lebih rangup)
1/2 sudu kecil garam
Air secukupnya (bancuh hingga jadi adunan pekat)
Cara Menyediakan Getuk Ubi Yang Sedap
1. Rebus ubi kayu sehingga empuk, kemudian lenyek ketika masih panas.
2. Gaulkan ubi bersama gula, kelapa parut dan garam sehingga sebati.
3. Bentukkan adunan ubi menjadi bulat atau leper, mengikut citarasa.
4. Sediakan bancuhan tepung dan celupkan setiap bebola ubi ke dalam adunan.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan rangup.
6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang.


Bentuk getuk ubi saya ni leper je, senang nak makan. Kalau korang nak rasa manis sikit, lebihkan gula. Rasa manis dia ngam dengan kelapa parut dalam getuk ubi tersebut.
Jom Cuba! Memang mudah.


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.