Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Ranking SBP / MRSM Terbaik & Prestasi Gred Purata Kebangsaan SPM 2025

Ranking SBP / MRSM Terbaik & Prestasi GPK SPM 2025. Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan 4.42 mata, sekali gus merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menurut Datuk Dr Mohd Azam lagi, "Sukacitanya saya memaklumkan bahawa secara keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPk adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) mulai tahun 2021," 

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan apabila mata GPK mengecil sebanyak 0.07 mata berbanding tahun lalu, 4.49.

GPK SPM 2025 & Ranking SBP / MRSM Terbaik


Berdasarkan GPK, jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata. GPK calon di bandar ialah 4.40 mata pada tahun ini berbanding 4.47 mata tahun lalu manakala GPK luar bandar pula adalah 4.81 mata pada SPM 2025, berbanding tahun 2024, 4.92 mata," - sumber 

40 Senarai SBP / MRSM Terbaik SPM 2025


MRSM dan SBP adalah sekolah berasrama yang selalu dinantikan keputusan SPM masing-masing. Tahun 2025 sekali lagi menunjukkan pelajar kelahiran kedua-dua institusi pendidikan berasrama tersebut mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Aynorablogs - Gred Purata Kebangsaan SPM 2025 & Ranking SBP / MRSM Terbaik

40 senarai teratas MRSM & SBP antaranya termasuklah MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping, MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Kuala Kubu Baru.

Berikut MRSM yang mencatat GPM - Gred Purata Murid terbaik di bawah 1.500:

  • MRSM Tun Ghafar Baba (TGB) – 1.139
  • MRSM Gemencheh – 1.195
  • MRSM Taiping – 1.224
  • MRSM Pengkalan Chepa (PC) – 1.254
  • MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB) – 1.284

Seterusnya diikuti oleh SBP Tun Fatimah, SBP Sesma, SBP SAS dan SBP KISAS. Sekadar menyebut 8 teratas dengan Gred Purata yang kecil, ia menunjukkan perjuangan dan kerjasama pelbagai pihak dapat menjadikan sesuatu itu sebagai realiti.

Jika diteliti daripada keputusan SPM tahun 2024, ada beberapa buah MRSM dan SBP yang mengalami kemerosotan prestasi antaranya Kolej Tunku Kurshiah (TKC), MRSM Johor Bahru dan MCKK. Di manakah silapnya? Semoga sekolah-sekolah yang kurang menyerlah dalam 10 Terbaik SPM 2025 dapat memperbaiki strategi dan prestasi masing-masing di tahun mendatang.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments