Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Hari Guru, Cikgu! Ucapan Istimewa Untukmu

Selamat Hari Guru Kepada semua guru di dalam dunia. Tanpa guru kita pun tak tahu dah jadi apa sekarang ni. Betul tak? Guru umpama dian, menerangi kegelapan murid-muridnya dari teraba-raba nak mengenal huruf sampailah dah pandai mengajar balik.. sampai nampak cahaya terang. Bila tiba hari guru, kita jadi excited nak bagi ucapan pada guru-guru yang pernah mengajar kita. Saya kongsikan di sini Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Kepada Guru Tersayang. Semoga segala ingatan kita walau sekadar ucapan akan menggembirakan hati guru atau cikgu yang kita sayangi.

Selamat Hari Guru, Cikgu! Ucapan Istimewa Untukmu


Baca juga : Selamat Hari Guru, Cikgu!

Walau keberadaan kita jauh beribu batu, terpisah oleh lautan dan benua.. tetapi jasa dan pengorbanan seorang guru amatlah berharga. Muliakanlah seorang guru kerana usaha tanpa jemunya telah menjadikan kita manusia pada masa kini.

Selamat Hari Guru, Cikgu! Ucapan Istimewa Untukmu

Selamat Hari Guru. 
Semoga dikau ikhlas selalu
Memberikan ilmu tanpa jemu
Semoga Allah membalas jasamu
Membimbing kami menjadi berilmu




Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Kepada Guru Tersayang


Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Kepada Guru Tersayang


Tiada wang ringgit intan permata yang mampu menggantikan jasa guru sekalian. Hanya ucapan penuh ikhlas seadanya yang mampu kami layarkan.

1. Cikgu! Engkaulah pelita hati, bak lilin yang menerangi kegelapan. Tanpa cikgu, suramlah masa depan kami. Terima kasih cikgu atas segala jasa dan pengorbanan.

2. Selamat Hari Guru, Cikgu. Maafkan segala kesalahan kami sepanjang menjadi anak muridmu. Semoga cikgu terus berkhidmat dan diberkati.

3. Cikgu, bijak pandai ada berkata, "Orang hebat mampu melakar beberapa karya bermutu. Tetapi, guru yang bermutu mampu melahirkan ribuan orang yang hebat. Selamat Hari Guru!

4. Mungkin kami dah lupa pesan-pesan cikgu, tetapi kami takkan lupa betapa istimewanya seorang guru. Selamat hari guru, cikgu.

5. Terima kasih kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu. Sehingga menjadikan kami insan yang berguna. 

6. Untuk semua guru yang kami sayangi. Untuk kalian yang banyak berjasa. Pengorbanan kalian amat kami muliakan. Teruskan mendidik anak bangsa dan menjadi pelita yang sentiasa menyala.

7. Guru adalah pahlawan tanpa tanda. Terima kasih guruku, selamat hari guru dari kami semua.

8. Renungkan..
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam yang menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa..
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.
"Selamat Hari Guru."

Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Kepada Guru Tersayang 

9. Selamat hari guru, Cikgu! Atas semua jerih payahmu, lelahmu, kesabaranmu, ketabahanmu, dan setiap jengkal kasih sayangmu. Sungguh kami tak bisa balas dengan apapun.

10. Guru, dalam ajarmu ada harapan, dalam teguranmu ada doa, dalam marahmu ada sayang, dalam mesramu ada takwa, dalam diammu ada bijaksana, dalam didikan dan tanganmu, kami kini menjadi insan berilmu dan berguna. 

11. Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan, semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

12. Jasa guru tidak ternilai harganya. Guru ibarat lilin yang menerangi sekitarnya. Terima kasih kami ucapkan kerana mendidik kami dengan sabar.

Segala ucapan tulus dan ingatan ikhlas dari kami yang pernah bergelar anak murid adalah sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga atas segala didikan, ajaran, pesanan dan pengorbanan yang pernah kalian lakukan.  

Tanpa guru, kami mungkin masih tak pandai menulis seperti ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close