Kali ini kami beli durian dalam box (siap kopek) dari jenis musang king, I0I dan durian isi merah. Hmm.. terbeli jugak cendol original sebab nak makan dengan durian. Hehe

Beli 3 Jenis Durian Dalam Box Untuk Family
Kenapa kami suka beli durian dalam box berbanding durian dengan kulitnya sekali? Ini adalah supaya kami tidak perlu menyelenggara kulit durian yang kasar dan berat di tong sampah rumah kami. Lagipun kulit durian memakan ruang yang banyak. Kemudian, kita tidak pasti apakah durian yang kita beli itu isinya elok atau sebaiknya. Namun bila beli durian dalam box, ia lebih fleksibel, dapat durian confirm elok dan mudah menyimpannya.
1. Musang King

2. Durian isi merah

3. Durian I0I



Saya terfikir-fikir durian isi merah tu durian udang merah ke? Perbezaan utama antara Durian Isi Merah (varieti D13/lain) dengan Udang Merah (D175) terletak pada asal-usul, warna isi yang lebih spesifik, dan tekstur rasa. Udang Merah (D175) berasal dari Pulau Pinang dengan isi oren-merah jambu cerah, tekstur berkrim-manis, manakala durian isi merah lain (seperti D13) sering dianggap "udang merah Johor" dengan warna lebih pekat dan rasa kurang kompleks. Haaa... tudia, pakcik Google dah bagitau.. ðŸ¤ðŸ˜†
Alhamdulillah. Untuk korang yang penggemar durian, mana satu pilihan korang? Beli dalam box atau dengan kulit sekali? Bagi saya, tengok tempat. Kalau makan kat kampung, tentulah makan bawah pokok dengan kopek durian sendiri. Hehe..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Puas hati beli isi durian dalam box.
ReplyDeleteIsi terjamin gerenti bagus.
linda ni, asal namanya durian.. memang suka lah.. nak senang, siap kopek, kalau buruk waktu tu...boleh tukar lain.. hihihi
ReplyDeleteSaya tak kisah sgt. Janji ada je. Husband pun suka durian. Saya ikut je mcm mana dia beli dan makan, mcm tu la saya makan. Cuma saya lebih suka durian kampung berbanding durian mahal. Tak muak.
ReplyDeletePaling sedap makan durian baru gugur, bawah pokok / dusun. Tapi itu semua kenangan je la. Pokok² durian di kampung semua dah takde :( Sekarang nak makan kena beli huhu
ReplyDeleteAduh, tengok gambar terus rasa terliur! Harga RM331 untuk 3 jenis premium termasuk delivery tu kira berbaloi sangat dah. Gabung pula dengan cendol, memang padu habis ni..PZ ada minta nak makan durian tapi SA x belikan dulu sebab dia nak kena amik darah 28hb nanti...SA sendiri ada appointment doc Sabtu ni...kang x cntik bacaan darah untuk 3 bulan kan...
ReplyDelete