Cara Jawab Bila Orang Kirim Salam. Korang selalu tak kirim Salam kat orang yang jauh melalui orang tengah? Contohnya melalui kakak yang akan berkunjung ke rumah adik kita yang lagi satu. So kat situlah proses kirim salam berlaku. Ada caranya bila kita nak jawab salam dari orang tau.., jawapan yang lebih afdhal dan menggembirakan si pembawa pesan dan orang yang menerima kiriman salam tersebut.

Cara Jawab Bila Orang Kirim Salam
Jika dikatakan - “Ada orang kirim salam” mungkin kebiasaannya kita mendengar orangnya menjawab “Waalaikumussalam!”. Betul tak?
Memang jawapan di atas tak salah. Boleh juga jawab macam itu.
Tetapi Sunahnya menjawab:
عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلامُ.
“Alaika waalaihissalam.”
Maksudnya : (Kesejahteraan ke atasmu dan ke atasnya).
Ini berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha:
يَا عَائِشَةُ، هَذَا جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام، وَهُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكِ السَّلَامَ. فَقَالَت: عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
“Wahai Aisyah, ini Jibril alaihissalam dan beliau menyampaikan salam padamu.” Aisyah membalas “Aalaika waalaihissalam warahmatullahi wabarakatuh.” - [Sahih. Riwayat Ahmad]
Dah tahu kan cara jawab salam yang afdhal. Selama ni kita jawab macam gitu je simple, tetapi sunnahnya kita menjawab dengan lebih panjang. Supaya kita yang membawa salam tersebut pun dapat fadhilat doa kesejahteraannya juga.
Wallaahu'alam.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






1 Comments
Info yang bagus. Mekasih, atas perkongsian.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.