Oleh kerana hari ini ada macam-macam program, kita semua makan kat luar. Sebelum itu, pergi check battery kereta dulu. Hmm.. elok lagi katanya, battery in good condition.
Kemudian pergi sarapan. Kerana hari ibu kan, saya nak ternak lemak la. Pepagi menu sarapan adalah nasi lemak pandan + ayam. Yang specialnya saya menternak lemak la..😂🤣





Korang jangan tiru macam saya taw, ternak lemak di awal pagi. Tapi jangan risau, kejap lagi nak pegi Maslee, kita jalan round-round dapat 1,000 langkah jadi lah.
Balik rumah berkebun sekejap, siram pokok, cantas dahan dan daun kuning, gemburkan tanah dan tabur baja. Tolak lah lagi gram berat tu, iya dak.. hehe
Walau apa pun, kita kena adjust sendiri keperluan tubuh dan apa makanan yang kita ambil dalam aktiviti seharian. Ada tambah,😆 kita tolak balik mana yang boleh.
Okay, salam hari ibu semua pembaca aynorablogs..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Tinggi kalori tu yang sedap. Hihi. Teringat duk Johor dulu ada pasaraya Maslee.
ReplyDeletePagi2 dah cari air batu
ReplyDeleteSelamat Hari Ibu untuk Aynora juga! Walaupun hari ibu tetaplah kena jadi 'ibu singa' ya pagi-pagi, hehe. Seronok tengok aktiviti lepas makan terus berkebun, sekurang-kurangnya terbakar balik kalori nasi lemak pandan tu kan...SA masak Laksa Penang je masa hari Ibu...jadi la...
ReplyDelete