Selamat Hari Ibu Untuk Semua Wanita Hebat!! Entri ni khas untuk ibu-ibu je. Untuk sang ayah, bulan depan pulak 😅. Selamat hari ibu duhai wanita permata dunia. Engkaulah permaisuri yang bukan duduk di singgahsana tetapi tempatmu terlalu istimewa di dalam dada setiap pemujamu.

Ibu!
Ibu!
Ibu!
Cuba kira mana lebih banyak panggilan itu dimana-mana, ayah atau ibu?

Mari renungkan bersama...
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW sambil bertanya; "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku berbuat baik kepadanya?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "kemudian siapa lagi?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" dia menjawab: "Kemudian ayahmu."*_ (HR Bukhari No: 5514) Status Hadis Sahih
Selamat Hari Ibu Untuk Semua Wanita Hebat!!
Kita semua wanita hebat dalam kelasnya tersendiri.
Kitalah ibu
Kitalah menteri segala menteri ðŸ¤
Kitalah guru
Kitalah chef
Kitalah cleaner
Kitalah driver
Kitalah gardener
Kitalah grab food
Kitalah dayang .. hehe
Engkaulah wanita pertama yang mengajar diri ini akan erti cinta. Engkau jualah yang menunjukkan diri ini apa itu erti sayang. Dari engkau jugalah, diri ini belajar akan erti pengorbanan. Sungguh, tidak akan mampu untuk diri ini membalas pengorbananmu wahai ibuku. Selamat hari Ibu, duhai ibu tercinta. Terima kasih untuk segalanya.
Gambar hanya sandaran 😅😂
Beg itu hadiah untuk diri sendiri, almaklum anak-anak bujang kita masih belajar, nanti dah habis belajar siap kau! Kita claim balik hadiah² yang tak sempat dibelikan... Hahaha
Beg simple dari Bonia saya order last week. Dah dapat pun dan bolehlah digayakan sempena hari ibu - hari untuk kita kita je.
Semoga korang juga mendapat kehidupan yang baik dan takdir terindah sebagai hadiah menjadi IBU yang paling awesome di dunia.
Allahumma Yaa Baarik.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.