Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

MyKad Baharu Dilengkapi Dengan 53 Ciri Keselamatan Mulai 1 Jun 2026

MyKad Baharu Dilengkapi Dengan 53 Ciri Keselamatan. MyKad baharu yang akan diperkenalkan pada Jun ini akan dilengkapi 53 ciri keselamatan termasuk imbasan kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias berkata, pelancaran MyKad baharu ini nanti akan diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

MyKad Baharu Dilengkapi Dengan 53 Ciri Keselamatan Mulai 1 Jun 2026

MyKad Baharu Dilengkapi Dengan 53 Ciri Keselamatan Mulai 1 Jun 2026


Informasi tentang pertukaran MyKad baru daripada MyKad lama adalah sebagai rujukan kita di masa akan datang, jika ada keperluan yang mewajibkan kita menukar MyKad lama tersebut. Buat masa ini tiada arahan untuk menukarnya secara tergesa-gesa.

Mykad Yang Lama


1. Sebelum ini, MyKad lama ada 23 ciri-ciri keselamatan sahaja, dan kita telah tambah baik kepada 53 (ciri keselamatan) antaranya turihan laser, ultraviolet UV, hologram, guilloche, microtext, kod QR bagi tujuan penguatkuasaan serta cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

2. JPN turut memaklumkan tiada pembaharuan bagi penggunaan MyKid.

3. Dua lagi kad pengenalan yang akan diperkenalkan ialah MyTentera dan MyPoca.

4. JPN telah bersedia untuk tujuan tukar MyKad lama kepada MyKad baru.

5. JPN percaya MyKad yang ada dari dahulu hingga kini tidak boleh diklon disebabkan ciri keselamatannya.

6. Adalah dimaklumkan pelancaran MyKad baharu yang menampilkan struktur serta ciri keselamatan terkini merupakan usaha memperkukuhkan sistem identiti nasional yang lebih moden, selamat dan diyakini.

7. Pelaksanaan MyKad baharu ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan keselamatan identiti rakyat selaras dengan perkembangan teknologi dan cabaran keselamatan semasa.

8. "Dalam era ancaman pemalsuan identiti, jenayah rentas sempadan serta penyalahgunaan teknologi digital, negara memerlukan sistem identiti yang lebih dinamik, lebih selamat dan lebih diyakini," katanya.

9. Sebelum nya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pengenalan dokumen baharu itu adalah satu pencapaian penting, khususnya ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia.

Pembaharuan MyKad


1. Rakyat Malaysia tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad lama kepada MyKad baharu sebaik kad pengenalan versi terkini diperkenalkan bermula 1 Jun ini.

2. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pemilikan MyKad adalah wajib di sisi undang-undang bagi setiap warganegara yang mencapai usia 12 tahun, namun tiada peruntukan yang mewajibkan pemegang MyKad sedia ada menukar kad mereka dalam tempoh tertentu.

3. Orang ramai tidak perlu berpusu-pusu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana MyKad lama masih sah digunakan seperti biasa.

Semoga dengan perkongsian di atas kita mengambil tahu tentang pertukaran MyKad lama kepada yang baru mulai 1 Jun 2026. Namun proses pertukaran MyKad lama kepada yang baru tidak perlu dibuat tergesa-gesa. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments