Pokok Sepit Udang Berbunga Lagi. Pokok sepit udang atau nama saintifiknya Helliconia adalah sejenis pokok bunga yang amat mudah di tanam dan dijaga. Sepanjang saya menanam pokok sepit udang ni, siraman air hanya seminggu sekali samada hari sabtu atau ahad apabila saya tidak bekerja.

Sedikit info saya petik dari wikipedia.. Heliconia ditanam bagi perniagaan menjual bunga dan sebagai pohon hiasan/ landskap. Bunga H. psittacorum atau Sepit Udang Nuri (Parrot Heliconia), amat menyerlah, kerana bunganya yang bewarna kuning kehijauan dan tompok hitam, menyerupai bulu burung Nuri.



Saya memiliki 3 pasu pokok sepit udang. Dari kebanyakan masa jika tidak berbunga, kita hanya disajikan dengan pokok hiasan berdaun hijau yang meninggi. Bila pokok sepit udang ini semakin tinggi, ia nampak cantik seakan pagar rumah yang mengelilingi pagar rumah kita.

Pokok Sepit Udang Berbunga Lagi
Akhirnya pokok sepit udang kami berbunga lagi. Kali terakhir dia berbunga adalah dalam 5 bulan lepas. Dinamakan pokok sepit udang kerana bunga nya yang berbentuk sepit udang. Betul kan?



Pokok sepit udang ini akan beranak pinak pada bahagian akar, walau korang nampak dia macam dah takde harapan nak hidup. Tup-tup tumbuh anak pinak dia dengan suburnya. Hehe..
Namun siput babi selalu panjat pokok sepit udang kami dan makan daunnya sehingga berlubang-lubang jadinya. Cara mengatasinya adalah korang sembur je dengan racun serangga. Bergelimpanganlah siput-siput tu..
Kesimpulannya, pokok sepit udang ni adalah kategori pokok hiasan atau landskap yang dijadikan pagar halaman rumah oleh pemaju perumahan terutama di kawasan show house.
Saya pulak tanam suka-suka je hingga pokok sepit udang dah serasi dengan halaman rumah kami yang secoet. 😂😅
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.