Pagani Gear For Ladies Watch. Jam tangan tahan lasak, boleh pakai dengan gaya apa Sekalipun yang korang suka, untuk bersukan atau ke pejabat, tiada masalah. Sekarang tengah ada promosi kaw-kaw. Memang berbaloi!! Tunggu flash sales, dapat harga jauh lebih murah. Saya pilih warna magenta..😍, jika tiada sales, harga kembali kepada harga asal iaitu RM1,250.


Saya beli jam tangan Pagani Gear ni secara online kat tiktok. Korang tengok yang saya screen short tu. Harga asal RM1,250. Selepas tolak voucher TT, harga jadi RM1,000. Eh tak boleh jadi, masih mahal jugak. Tunggu flash sales, harga menjunam tinggal RM167.30. Ketika harga menjunam ni lah kita beli. Kan kena cepat, so saya guna Touch&Go e-wallet. Mudah, selesai dan berjaya grab 1 ketul jam tangan Pagani Gear.






Pagani Gear For Ladies - Rubber Quartz Watch
Nak tunggu harga berbaloi, korang tunggu masa flash sales. Kekadang masa cuma 5 minit je atau dia offer untuk 5 orang saja. Siapa cepat dia dapat.. haa gitu!



Yang saya suka adalah:
1. Warnanya yang menarik
2. Tali jam dari rubber quartz - yang tahan lasak dan boleh lipat atau simpan dalam handbag main campak je
3. Sesuai untuk semua acara, dan paling best boleh bawak pergi jogging
4. Waranti 1 tahun


Jm tangan rubber quartz - tali getah memang amat mudah dijaga. Kalau terkena air, boleh lap je dengan kain. Tak risau dia karat atau tidak.
Sekarang saya nak aim warna putih dan pink pulak. Jika ada flash sales dan ada kesempatan, saya macam nak beli lagi. Boleh pakai tukar-tukar ikut warna baju.


Sebelum ini saya ada banyak koleksi jam tangan yang talinya dibuat daripada besi. Pun ada bermacam warna. Tetapi telah terbiar sepi bila dah malas nak guna.
Masa itu emas, maka pakailah jam tangan untuk menghargai masa yang kita ada itu.💜🖤💙
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






1 Comments
Wahhh banyak betul diskaun tu.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.