Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Pokok Ajinomoto Atau Chaya, Apa Khasiatnya?

Pokok Ajinomoto Atau Chaya, Apa Khasiatnya? Anda pertama kali dengar pokok ajinomoto? Pernah dengar nama pokok Chaya? Ia adalah pokok yang sama cuma panggilan berbeza. Secara fizikalnya pokok ni hampir menyerupai pokok ubi cuma rangkaian daunya agak berbeza sedikit. Pokok Chaya daunnya bercabang 5 dan berbentuk runcing sedikit.

Untuk pengetahuan korang, di batang pokok Chaya @ ajinomoto ni ada banyak semut api. Pastikan korang gunakan sarung tangan jika nak memetik daunnya. Sebab itu ada juga yang menggelarkan pokok ajinomoto ni pokok semut. Macam-macam, kan? 

Bagaimana saya boleh tanam pokok ajinomoto? Puncanya dari round-round kat tiktok, ada seorang surirumah ni bercerita tentang khasiat pokok ajinomoto. Terus saya contact beliau dan membeli batang ajinomoto secara online. Permulaannya, saya tanam dalam tong cat yang besar dan hinggalah sekarang ia tumbuh tinggi di depan rumah.

Alhasil dari itu, rupanya pokok ajinomoto mudah ditanam dan cepat membesar. Sehingga ke hari ini, ramai kawan-kawan sekerja yang telah menanam pokok ajinomoto di rumah masing-masing. Hehe.. 😅😅

Disyorkan Untuk Anda:


Get this widget

Pokok Ajinomoto Atau Chaya, Apa Khasiatnya?


Ramai yang bercerita tentang khasiat pokok chaya @ ajinomoto ni. Ia juga digelar superfood oleh sesetengah yang lainnya.

Jom kita berkenalan dengan khasiat pokok Chaya @ Ajinomoto.

Pokok Ajinomoto atau Chaya (Cnidoscolus aconitifolius) ialah "superfood" yang kaya dengan protein, zat besi, dan vitamin (A, B, C) untuk kesihatan mata, kulit, serta sistem imun. Ia digunakan secara tradisional untuk melancarkan peredaran darah, mengawal gula dalam darah, dan merawat anemia, namun wajib dimasak sekurang-kurangnya 15 minit untuk membuang toksin.

Berikut adalah khasiat utama pokok Ajinomoto:

1. Nutrisi Tinggi: Kaya dengan protein, kalsium, zat besi, dan vitamin A, B, C yang tinggi, menjadikan ia baik untuk kesihatan menyeluruh.

2. Melancarkan Peredaran Darah: Dipercayai membantu mencairkan dan melancarkan sistem peredaran darah.

3. Mengawal Gula Darah & Kolesterol: Air rebusannya dikatakan mampu menstabilkan kadar gula dalam darah (baik untuk diabetes) dan membantu merendahkan kolesterol jahat (LDL).

4. Kesihatan Penghadaman: Kandungan serat yang tinggi membantu melawaskan sistem penghadaman dan menyingkirkan toksin.

5. Kesihatan Mata & Kulit: Tinggi antioksidan dan vitamin A yang membantu menjaga kesihatan retina dan memperbaiki keadaan kulit.

6. Manfaat Kesihatan Lain: Digunakan untuk merawat artritis, anemia, insomnia, dan menyokong fungsi hat



Cara Memasak Menggunakan Daun Ajinomoto


Ikut pengalaman saya, memasak menggunakan daun ajinomoto ni amat mudah. Kerana daunnya nipis je, kita tak perlu celur dulu untuk memasaknya. Cukup di basuh bersih-bersih. Kemudian masukkan ke dalam ayam masak lemak cili api, tumis bersama telur hancur, masukkan ke dalam telur dadar dan sebagainya.

Peringatan!! Jangan dimakan begitu saja sebagai ulam kerana jika tidak dimasak, daun Chaya ni mengandungi racun. Kesannya, ia boleh membuatkan kita pening atau loya.

Pokok chaya (atau pokok Ajinomoto) mengandungi racun semula jadi dalam bentuk sebatian cyanogenic glycosides yang boleh menghasilkan sianida jika dimakan secara mentah.

Semoga perkongsian tentang pokok ajinomoto yang digelar superfood ni menambahkan lagi pengetahuan korang tentang pokok sayuran unik yang ada di Malaysia.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. suka celur je makan dgn sambal belacan.

    ReplyDelete
  2. Ada pernah dengar tentang pokok ajinomoto, tapi lepas baca entri ini, baru tahu, banyak khasiatnya. Mekasih, atas info. 👍

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.