Aktiviti Berkebun Di Pagi Ahad, Sambil Cantas Daun Rosak. Selepas sarapan secara ringkas, saya mula berkebun dalam pukul 8.20 pagi. Ada banyak kerja nak dibuat, antaranya potong dahan rosak, cantas daun kuning serta alihkan pasu lama di laman depan yang sudah tidak digunakan lagi.









Aktiviti Berkebun Di Pagi Ahad, Sambil Cantas Daun Rosak
Lihatlah peralatan aktiviti saya pagi ini. Sarung tangan, baja, cutter, gergaji pokok, dan semestinya botol air. Semua dah lengkap.. marilah kita mula berkebun.

Pokok Mahkota Puri yang dah seminggu En suami bawak balik amat menyakitkan mata memandang. Mana taknya, pokok dah lah besar, pasu pun besar. Ia berada di tengah ruangan car porch... maksudnya tepi sikit dan tak sesuai dengan kawasan lalu lalang. Jadi, saya tebang/ cantas daun dia yang berjurai lalu buang ke dalam tong sampah jawabnya. Cadangnya, pasu dengan daun pokok yang sudah dicantas akan dipindahkan ke sebelah kanan carporch. Tunggu lah 2 orang anak bujangku free nanti, mintak dia orang angkat dan alihkan.

Usai potong dahan rosak & buang daun-daun kuning, kita melawat dessert rose yang sedang berbunga mekar. Apa lagi.. snap 1, 2 & 3 gambar sebagai hiasan kat blog. Dessert rose ni tak berhenti bunga dan siram air sekadarnya saja.



Selepas urusan cantas dahan & daun rosak, saya siram semua pokok dengan kasih sayang dan sama rata 😂😂 harap takde pokok yang merajuk. Hehe..
Minggu ni takde aktiviti membaja kerana urusan tersebut hanya dilakukan 2 minggu sekali.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags
Laman Comel


Dessert rose tu teringat lagu nyanyian Anggun. Cantik bunganya
ReplyDeleteBanyak ranting, bunga tu pernag cuba tanam ..memang kuntum bunga mempersonakan,
ReplyDeleteSis suka betul kalau lepas cantas pokok.. nanti dia tumbuh balik comel jerr pucuk..
ReplyDeleteSaya baca perkatan urusan tu menjadi urutan.. terfikir eh.. pokok pun kena urut ke? tapi bila baca lagi sekali.. ohh.. saya salah baca.. hehehe..
ReplyDeleteTangan sejuk tanam apa pun jadi. Hekhek, tak penah lulus bab2 tanaman ni. Beli kat kedai, sampai kat rumah tak sampai 2 minggu mati dah.
ReplyDelete