Ikan Mayong Masak Sambal Untuk Si Adik

Aynora
By -
1
Ikan Mayong Masak Sambal Untuk Si Adik. Alkisah dah dekat 2 minggu ikan mayong dalam peti ais tidak dimasak. Sebelum pergi kerja saya berpesan pada bujang sulung untuk masakkan asam pedas ikan mayong untuk menu lunch. Kan senang ada chef in the house, order apa je terus dapat. Hehe.. kita gunakan tenaga dia sepenuhnya sebelum nantinya dia mulai sibuk apabila telah buat HO. 

So, kita pun berangam nanti lunch ada lauk asam pedas. 

Ikan Mayong Masak Sambal Untuk Si Adik

Ikan Mayong Masak Sambal Untuk Si Adik


Tengahari balik lunch sekejap, memang menu semua telah terhidang. Tetapi... Takde asam pedas pun.

Bila ditanya dengan tuan badan, katanya adik request masak sambal. Hmm.. sayang adik lebih dari ibunya ni.. hehe



Ikan mayong memang lebih sedap dimasak dengan masakan banyak kuah seperti asam pedas. Tetapi air tangan anak bujang sulung saya ni telah mengubah persepai saya bahawa ikan mayong juga sedap dimasak sambal. 

Bila tiba waktu makan, adiknya lah yang makan banyak. Sebab dah request. Kalau tak makan, memang nak kena lah dengan abangnya.

Saya share sikit cara anak saya masak. Mula-mula goreng dulu ikan mayong tu. Goreng dengan minyak banyak. Sebab isi dia agak kenyal, kena goreng agak lama sedikit. 

Sementara tu nak masak sambal dia mudah je. Sediakan bahan macam nak buat sambal tumis tetapi anak saya tambah serai dan daun limau purut. Jadilah rasa sambal tu wangi. Bijak juga dia, sebab ikan mayong ada satu bau yang agak hanyir. Bila dia ubah sikit cara memasak, jadi sedap sambal ikan mayong tu.

Dan, yang tukang habiskan lauk ikan mayong sambal tentulah si adik!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Hahaha aduii plot twist betul ye Kak Aynora, balik rumah berangan nak makan asam pedas sekali bertukar jadi masak sambal. Tapi tak apa, janji air tangan anak bujang sendiri, lepas tu tengok si adik makan bertambah-tambah, sejuk je hati ibu tengok gelagat anak-anak kat rumah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!