Resepi Ikan Merah Masak Singgang

Aynora
2
Resepi Ikan Merah Masak Singgang. Masak singgang lah yang paling mudah nak buat, segala bahan campak-campak je, tak perlu santan, kari atau blender cili kering. Paling best, rasanya menyegarkan dan boleh hirup kuah dia macam sup.

Saya paling banyak makan singgang adalah waktu berpantang. Macam-macam lauk singgang yang arwahnya masakkan termasuklah singgang ikan merah dan juga ikan selar kuning. 

Resepi Ikan Merah Masak Singgang

Resepi Ikan Merah Masak Singgang 


BAHAN-BAHAN:
(Untuk 1 orang makan)

1 keping ikan merah
2 ulas bawang putih        |hiris halus
2 ulas bawang merah        |hiris halus
1 batang serai            |titik
½ inci halia            |hiris
½ inci lengkuas        |hiris halus
2 keping asam gelugur
½ sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
2 biji cili padi - diketuk
Gula dan garam secukupnya

Cara masak singgang ikan merah


1. Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.

2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.

3. Masukkan juga serai yang telah dititik, cili padi, halia dan lengkuas yang telah dihiris/ di ketuk Masukkan pula ikan dan asam gelugur (asam keping). Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.

5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Yang Anda Cari:
Ikan siakap masak singgang, memang segar, sedap dan membuka selera bagi mereka yang kurang selera makan. Resepi singgang mudah disediakan, tak perlu masa lama. Masakan singgang juga amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. Selamat mencuba.

Sumber : Majalah Rasa

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Sedapnya...hirup kuah sambil makan...letak bendi...perghhhh...ada plak sambal belacan..memang x jadi diet la menu macam ni...

    ReplyDelete
  2. Masak singgang fav papa dan suami saya. Tp saya tak pandai buat. Jadi kalau teringin ini biasanya beli 😅😅. Atau kalau lagi di Medan, minta mama utk masak singgang 😍. Kalau pandai buatnya, memang sedap dan tak fishy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top