Tulislah Sesuatu Yang Membahagiakanmu, Dengan Ketulusanmu. | Menulis dengan tulus, hati akan tenang. Kamu suka menulis? Tetapi tulisan bagaimana yang hendak ditulis. Adakah sesuatu yang kamu tahu atau adakah sesuatu yang memberikan keuntungan kepadamu? Atau.. tulisan yang memberi manfaat kepada berjuta orang di luar sana yang membacanya.? Tulisan yang kamu lakarkan akan kekal dalam sejarah penulisan. Mata pena pun lebih tajam dari mata pedang dalam zaman ini di mana semuanya boleh ditulis di hujung jari.

Hindari menulis sesuatu yang berunsur fitnah. Elakkan membuat provokasi kepada orang lain. Hentikan bahan menggosip sesama manusia. Itu semua tidak akan membahagiakanmu di akhir nanti, di akhirat sana.
Tak kisahlah samada anda seorang pengutip sampah, seorang ketua jabatan, atau adakah anda seorang ustaz dan samada anda seorang pemimpin negara. Dalam setiap perbuatan anda.. apakah hasil akhirnya. Adakah ia memudaratkan. Apakah ia sesuatu yang membawa kebaikan berpanjangan?

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya - Khalifah Ali bin Abi Talib
Tulislah Sesuatu Yang Membahagiakanmu, Dengan Ketulusanmu
Tak kisahlah samada anda seorang pengutip sampah, seorang ketua jabatan, atau adakah anda seorang ustaz dan samada anda seorang pemimpin negara. Dalam setiap perbuatan anda.. apakah hasil akhirnya. Adakah ia memudaratkan. Apakah ia sesuatu yang membawa kebaikan berpanjangan?
Dalam satu ceramah satu ketika dahulu ada seorang ustaz berkata, "jika nak buat sesuatu.. fikir hasil akhirnya. Adakah ia membawa kebaikan walau sekelumit cuma. Fikirkan hasil dan kesan akhir apa yang kamu buat itu. Itu yang akan dinilai oleh Allah SWT."
Sebagai seorang penulis blog.. apa pula peranan kamu dengan ulasan saya di atas? Baiklah. Jika kamu seorang penulis.. tak kisah penulis buku, novel ataupun blog.. tulislah sesuatu yang membahagiakanmu di akhirat nanti. Kamu mungkin menulis novel cinta.. maka potretkan watak dan penceritaan kamu ke arah yang membina dan membawa kebaikan.
Kadangkala nafsu untuk menulis berdasarkan anganan kosong yang mengikut khayalanmu semata. Kamu suka jika khalayak pembaca ikut meniru apa yang kamu tulis, menjadi pemberontak, melawan orang tua seperti gambaran yang kamu ciptakan. Usah di ikuti rasa hati, nanti mati. Ikut rasa binasa. Maka tulislah sesuatu dengan ilmu, dengan iman.. insyaa Allah.. ada kebaikan di setiap hujung tulisanmu.
Ingatlah bahawa ketika kamu mahu menulis, carilah inspirasi dari penulis yang berilmu. Kerana tulisanmu itu akan berkekalan hingga kamu telah tiada. Tulisanmu yang baik-baik itu yang akan menyelamatkan di alam sana.

Sebagai seorang penulis blog.. apa pula peranan kamu dengan ulasan saya di atas? Baiklah. Jika kamu seorang penulis.. tak kisah penulis buku, novel ataupun blog.. tulislah sesuatu yang membahagiakanmu di akhirat nanti. Kamu mungkin menulis novel cinta.. maka potretkan watak dan penceritaan kamu ke arah yang membina dan membawa kebaikan.
Kadangkala nafsu untuk menulis berdasarkan anganan kosong yang mengikut khayalanmu semata. Kamu suka jika khalayak pembaca ikut meniru apa yang kamu tulis, menjadi pemberontak, melawan orang tua seperti gambaran yang kamu ciptakan. Usah di ikuti rasa hati, nanti mati. Ikut rasa binasa. Maka tulislah sesuatu dengan ilmu, dengan iman.. insyaa Allah.. ada kebaikan di setiap hujung tulisanmu.
Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan. Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya. Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Info Yang Anda Cari:
Tulislah sesuatu yang membahagiakanmu, dengan ketulusanmu! Tiada apa yang kita upaya lakukan, melainkan Allah izin.
Sedangkan ketika menulis jika Allah izin, alangkah bahagianya. Alhamdulillah.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.