Dinner Nasi Lemak Bamboo Di Restoran Mulut, Tampin. Kerana mulut badan binasa, kerana mulut juga kami kenyang perut. Hihi.. selepas solat Maghrib, kami keluar cari makan. Dari carian Google maps, ada banyak kedai makan di sekitar Caspari Hotel. Apa lagi, senang hati la kami sebab tak perlu pergi jauh-jauh. Antara yang keluar dalam carian kami adalah Restoran Mulut! Jomlah kita dinner kat situ.




Gambar sebenar kami tukar ke 2D kerana cahaya lampu di perkataan 'mulut' menyebabkan gambar yang diambil jadi kabur. Layan je lah.. kan, tapi logo mulut - makan & minum tu kreatif betul.







Info Yang Anda Cari:
Dinner Nasi Lemak Bamboo Di Restoran Mulut, Tampin
Kami bertiga order nasi lemak bamboo dengan lauk sotong sambal dan sotong goreng tepung. Suka betul dengan sotong ek, nasib baik takde yang gout..

Gambar atas - sebelum nasi lemak dikeluarkan dari bamboo/ buluh
Gambar bawah - bila nasi lemak telah dikeluarkan
Korang nampak tak sambal pada sotong tu, mashaAllah, sedap sangat dan bau sambal tu mengingatkan kami kepada sambal arwah mak mertua.😭😭



Kami order jugak set mantou dengan lala buttermilk. Tak tau di mana silapnya, lala dengan kuat buttermilk tu terasa sedikit masam. Jadi kami makan mantou cicah dengan sambal. Tapi anak bujang sulung ku makan jugak lala tu sampai habis. 😅😅

Daging bakar Dannok - satu lagi menu yang kami order, yang mana campuran lemak dan daging yang dibakar dicicah bersama 2 jenis sos. Yang pasti ini pilihan terbaik kami dengan rasanya amat segar dan melting di mulut. Alhamdulillah.


Gambar depan restoran dan bahagian dalam restoran. Jumlah meja yang banyak dan kawasan parking yang luas menjadikan restoran ini penuh mulai pukul 8.30 malam ke atas.
Kos dinner - RM76.80.
Semoga jumpa lagi di lain kesempatan ya - Restoran Mulut, Tampin!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags
Catatan Kenangan

