Resepi Sengkaya Roti Kukus Dengan Roti Gardenia. Hari ni saya nak share resepi snek/ dessert kegemaran kami sekeluarga iaitu Sengkaya pandan dengan roti kukus. Sejak dah pandai makan sengkaya, anak bujang sulung buat pulak sendiri kat rumah. Walau roti kukusnya warna putih je, tetapi rasanya bila di cicah dengan sengkaya pandan sangatlah sedap ya..


BAHAN-BAHAN:
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecil
2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga adunan jadi berkilat.
3. Bila adunan sudah berkilat, itu tandanya kaya sudah masak. Boleh diangkat dan dinikmati.

Info Yang Anda Cari:
Resepi Sengkaya Roti Kukus Dengan Roti Gardenia
Resepinya memang mudah. Terutamanya nak kukus roti gardenia tu, semua orang boleh buat.

Bahan-bahan:
1 bungkus roti putih gardenia - buang kulit tepi, potong dadu besar dan kukus.
✅ Kena makan panas-panas untuk roti rasa gebu dan lembut!! Jika dah sejuk, roti jadi keras...
Bahan-bahan untuk kaya pandan:
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
1 cawan susu cair
1 cawan gula - kalau tak suka manis, kurangkan sukatan
1 kotak santan (200gm)
2 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau jika suka

Cara penyediaan kaya pandan
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecil
2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga adunan jadi berkilat.
3. Bila adunan sudah berkilat, itu tandanya kaya sudah masak. Boleh diangkat dan dinikmati.
Nota;Untuk kaya pandan lebih tahan lama, masukkan ke dalam bekas bertutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. Anak bujang saya ada buat lebih, jadi kami simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, panaskan sekejap.
Selamat mencuba. Resepi ini di buat oleh anak bujang sulung dengan kompilasi resepi dari RASA.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

