Lunch Di Sambal Bakar Malaya, Port Kegemaran | Selepas habis pergi buat urusan cari duit 😅😅, kami singgah di DIY. Korang tau lah, tujuan asal cuma nak cari sudu garfu banyak-banyak untuk letak di kampung (rumah family utama berkumpul) tetapi berhabis juga dekat RM430 dikerjakan 'askar' dua orang tu. Entah apa yang mereka ambik dalam bakul, tetiba penuh je waktu sampai di kaunter. Cepat sikit.. perut dah lapar. Maka dalam pukul 11.39 pagi kami bergerak ke Sambal Bakar Malaya (SBM), Skudai.





- snek kami pilih inoki Krispy, mantou dengan sup cendawan, risol ( luar kulit rangup dengan inti di dalam macam bergedil daging sikit), kentang goreng dan Popia carbonara. Habis ke?? Mestilah habis, 'askar' kita kan kuat-kuat belaka.







Kami tiba di SBM dalam pukul 12.15 tengahari dan hanya 3 meja yang ada orang. Girangnya kami kerana banyak tempat kosong dan pilihlah mana korang nak duduk - buat macam rumah sendiri!! 🤣🤣. Lepas 10 minit gitu, pelanggan semakin ramai dan semua meja hampir penuh.
Info Yang Anda Cari:
Lunch Di Sambal Bakar Malaya, Port Kegemaran
Order semua dekat 10 item.. apa kita orang makan ni?? Konon.., yang paling order terbanyak tentulah madam besar ni, kan..overall budget RM88.40. What do u think? Murah kan?
Jom layan apa kami order...

- ayam Gepuk - ayam yang diketuk perlahan dengan sambal paling pedas (Judes) terbakar lidah, keluar air mata kalau tak tahan.. haha, makan dengan nasi putih ., sup dan ulaman

- set kegemaran madam besar ni, nasi putih dengan ayam goreng kunyit, ayam yang juicy, dengan sambal Judes jugak, ada sup dan ulaman




- Ramen ayam gepuk, apalagi dengan sambal Judes dan add on telur dadar (hmm.. entahlah sampai kat sini bujang kecik tu berkenan betul dengan telur dadar😂😂).

- Akhir sekali, tentulah sengkaya - roti dimakan dengan kuah kaya + santan pandan. Rasa kuah tu Manis dan roti tu tawar. Bila dipadankan, memang amat sesuai dan santai je rasanya.

Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Dia beri bila kita perlu, di saat kita lapar dapat pula makan yang sesedap rasa.. tak lebih tak pun berkurang.
Maka, nikmat TuhanMu yang mana nak Engkau dustakan?
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.