Lunch Sup Kambing Dengan Roti Di RnR Pagoh. Salam jumaat pembaca sekalian. Semoga perjalanan hari kita hari ini di dalam kebetkatan hendaknya. Cerita pasal perjalanan, hari ni kami akan bermusafir ke A Famosa Resort Melaka menghantar anak bongsu ke reunion batch 2007 rakan-rakan MRSM Mersingnya., sehingga hari Ahad nanti. Reunion ini dibuat memandangkan ada beberapa rakan yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mungkin selepas ini memang sukar untuk beejumpa lagi. Check in nya dalam pukul 3 petang gitu..,
Dan on the way tu, kami singgah lunch di RnR Pagoh, dan sewaktu kami sampai di situ jam mendekati pukul 11.45 pagi.





Menu lunch dua beradik tersebut adalah nasi ayam dengan ayam lebih, nasi ayam gepuk dengan ayam lebih. Bubur nasi pilihan si ayah, tapi nak kongsi makan sup kambing jugak.. hehe


Info Yang Anda Cari:
Lunch Sup Kambing Dengan Roti Di RnR Pagoh
Apa yang saya makan di RnR Pagoh ya? Saya ambil set sup kambing yang dimakan bersama roti Perancis. Hehe.. dah lama sebenarnya nak makan sup kambing di RnR ni 😅😍
Harga semangkuk sup kambing bersama roti adalah RM14.00. Untuk semua kos yang dibelanjakan termasuk air untuk kami empat beranak adalah RM62-00.


Bergambar sekejap sebelum sup kambing sampai. Orang belum ramai sangat, dan anak bujang sulung yang beratur pun dapat makanan dengan cepat.

Air pulak tukang order adalah si adik nya. Sailing berbagi tugas.. hehe


Pemandangan bendera Malaysia yang di pasang di RnR Pagoh memang menarik sekali. Timbul satu vibes - rasa kemerdekaan dalam diri. Alhamdulillah untuk negara kami yang aman damai Ya Allah.. kami amat bersyukur atas nikmat-nikmatmu..
Itulah coretan ringkas perihal makan di RnR Pagoh ketika dalam perjalanan menghantar anak bongsu kami ke A Famosa Resort.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags
Catatan Kenangan


Fuh, sup kambing cicah roti Perancis memang combo padu ni! Bila dimakan panas-panas sebelum teruskan perjalanan, memang bertambah bertenaga. RM14 untuk set sup kambing + roti Perancis kira berbaloi sangat tu Kak. Nampak pekat dan menyelerakan betul kuahnya
ReplyDeleteSalam Jumaat! Safe trip bermusafir ke A Famosa Resort. Mesti touching momen reunion batch MRSM Mersing ni sebelum sambung study balik. Singgah RnR Pagoh makan sup kambing cicah roti Perancis memang nice! Puas hati akhirnya dapat lepas craving. Berbaloi!
ReplyDeleteSedapnya hirup sup kambing.
ReplyDeleteDapatlah juga sekeluarga bercuti sekali kan. Sesekali dapat makan makanan yang jarang dipesan. RnR ni biasanya cepat je servicenya. Baguslah kan cepat dapat makanan, kita pun tak perlu tunggu lama.
ReplyDelete